Pengguna Celcom Bengang Alami Gangguan Perkhidmatan

Pengguna Celcom Bengang Alami Gangguan Perkhidmatan - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengguna Celcom Bengang Alami Gangguan Perkhidmatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengguna Celcom Bengang Alami Gangguan Perkhidmatan
link : Pengguna Celcom Bengang Alami Gangguan Perkhidmatan

Baca juga


Pengguna Celcom Bengang Alami Gangguan Perkhidmatan

Idris Naim



PETALING JAYA: Media sosial pada pagi Selasa kecoh dengan kebanyakan pelanggan Celcom berang kerana mengalami masalah gangguan perkhidmatan rangkaian komunikasi mereka.

Laman sosial syarikat telekomunikasi itu dihujani aduan dan rungutan pelanggan lebih-lebih lagi ia berlaku pada hari pertama bekerja selepas cuti umum dan cuti hujung minggu.

Sebahagian pelanggan Celcom mengadu mereka mengalami gangguan rangkaian sejak awal pagi Selasa.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian Celcom menerusi satu kenyataan di Facebook mengakui terdapat gangguan rangkaian yang berpunca daripada kerja-kerja menaik taraf yang bermasalah.

“Kami dukacita ingin memaklumkan terdapat gangguan rangkaian bermula 7 pagi yang menjejaskan perkhidmatan membuat dan menerima panggilan di seluruh negara,” katanya.

Menurut Celcom, pasukan teknikal telah menangani masalah gangguan itu pada pukul 9.30 pagi Selasa dan perkhidmatan di Semenanjung kembali pulih seperti biasa.

“Manakala (perkhidmatan) di Malaysia Timur pula akan pulih secara beransur-ansur dalam tempoh sejam berikutnya.

“Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan. Terima kasih,” menurut kenyataan itu.

Penjelasan Celcom bagaimanapun mendapat kritikan segelintir netizen yang mempersoalkan mengapa kerja-kerja penyelenggaraan tidak dilakukan pada hari cuti dan gangguan rangkaian berlaku pada waktu puncak hari pertama bekerja.

Namun pada masa sama, ramai netizen berterima kasih kepada syarikat telekomunikasi itu yang dapat menangani isu tersebut bagi membolehkan pelanggan menggunakan perkhidmatan seperti biasa.



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Pengguna Celcom Bengang Alami Gangguan Perkhidmatan

Sekianlah artikel Pengguna Celcom Bengang Alami Gangguan Perkhidmatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengguna Celcom Bengang Alami Gangguan Perkhidmatan dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/pengguna-celcom-bengang-alami-gangguan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :