Judul : Pengikat Kasih Shahrul Dan Deena
link : Pengikat Kasih Shahrul Dan Deena
Pengikat Kasih Shahrul Dan Deena
DEENA Emir iaitu isteri pelakon Saharul Ridzwan selamat melahirkan bayi lelaki di pusat perubatan, di Kuala Lumpur, petang semalam. Bayi 2.8 kilogram itu dilahirkan pada 6.46 petang. Saharul, 28, ketika dihubungi, berkata isterinya, yang bersalin normal itu kini berada dalam keadaan baik.
"Alhamdulillah, syukur di atas kurniaan ini. Saya juga bersyukur apabila semuanya berjalan dengan mudah, selamat dan lancar. Ini satu lagi pengalaman yang berharga dan tak dapat dilupakan bagi saya apabila berpeluang melihat isteri bertarung nyawa melahirkan cahaya mata sulung kami," katanya.
Saharul berkata, dia gembira apabila impiannya untuk melihat dan menemani isteri bersalin dimakbulkan Tuhan. "Percaturan Allah itu sangat baik dan hebat. Saya dapat menemani dan menyambut kehadiran putera kami ketika berada di tanah air.
"Ini kerana, sejak kebelakangan ini saya sering berada di luar negara atas urusan kerja. Namun, setiap hari berdoa supaya dapat menemani isteri bersalin.
"Alhamdulillah, sebaik pulang dari Singapura, Isnin lalu, hanya beberapa jam selepas itu isteri memberitahu air ketubannya pecah dan saya bergegas membawanya ke hospital," katanya. Mengenai nama anak, Saharul akan berkongsi kepada umum selepas didaftarkan secara rasmi nanti. Saharul dan Deena bernikah di Putrajaya, 16 September tahun lalu.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s29Yr4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Pengikat Kasih Shahrul Dan Deena
Sekianlah artikel Pengikat Kasih Shahrul Dan Deena kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengikat Kasih Shahrul Dan Deena dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/pengikat-kasih-shahrul-dan-deena.html