Judul : Penjaga gol JDT digantung setahun, kasari pengadil Piala AFC
link : Penjaga gol JDT digantung setahun, kasari pengadil Piala AFC
Penjaga gol JDT digantung setahun, kasari pengadil Piala AFC
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Penjaga gol JDT, Farizal Marlias dikenakan penggantungan selama setahun oleh Kesatuan Bola Sepak Asia (AFC) susulan insiden mengasari pengadil perlawanan dalam aksi separuh akhir Piala AFC, 31 Mei lalu.
AFC melalui Jawatankuasa Tatatertib dan Etika yang mengadakan mesyuarat tergempar semalam turut mengenakan denda berjumlah AS$40,000 (RM170,626) terhadap pemain 30 tahun itu.
Dalam kenyataan rasmi hari ini, penjaga gawang utama skuad Harimau Selatan itu dikenakan sekatan dalam semua perlawanan bola sepak di seluruh Asia meliputi perlawanan tempatan dan antarabangsa, sama ada perlawanan persahabatan, tidak rasmi atau rasmi.
"Pihak jawatankuasa menegaskan bahawa intergriti fizikal pegawai perlawanan mesti dihormati dan dilindunga setiap masa," jelas kenyataan tersebut.
Terdahulu, aksi wakil negara berdepan kelab dari Filipina - Ceres Negros FC itu dicemari insiden tidak puas hati Marizal selepas dikenakan kad merah dan diarah keluar padang.
Namun, pemain itu bertindak menolak bahagian dada pengadil berkenaan yang jelas menjadi satu kesalahan sekali gus mewujudkan situasi tegang di Stadium Panaad, Bacolod City.
Sementara itu jurulatih JDT, Benjamin Mora turut dikenakan denda sebanyak AS$7,000 (RM29,843) kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap staf dan pegawai AFC selepas perlawanan itu.
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Penjaga gol JDT digantung setahun, kasari pengadil Piala AFC
Sekianlah artikel Penjaga gol JDT digantung setahun, kasari pengadil Piala AFC kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penjaga gol JDT digantung setahun, kasari pengadil Piala AFC dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/penjaga-gol-jdt-digantung-setahun.html