Perancis Gempar 200 Kucing Dibunuh Dalam Sebulan

Perancis Gempar 200 Kucing Dibunuh Dalam Sebulan - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perancis Gempar 200 Kucing Dibunuh Dalam Sebulan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perancis Gempar 200 Kucing Dibunuh Dalam Sebulan
link : Perancis Gempar 200 Kucing Dibunuh Dalam Sebulan

Baca juga


Perancis Gempar 200 Kucing Dibunuh Dalam Sebulan


PARIS – Sebuah resort kecil di tepi pantai Perancis menjadi gempar apabila lebih 200 ekor kucing, baik kucing peliharaan mahupun kucing terbiar, mati diracun secara misteri dalam masa sebulan.

Ratusan kucing tidak berdosa itu dipercayai menjadi mangsa perbuatan pembunuh kucing bersiri dan mamalia comel tersebut didapati mati di sekitar Saint Pierre la Mer, yang terletak 90 kilometer ke selatan Montpellier.

Persatuan bagi Perlindungan Haiwan Perancis turut menerima begitu banyak panggilan telefon daripada penduduk yang menemui bangkai kucing mati dibunuh, menurut laporan akhbar berpengaruh tempatan, La Depeche.

Ini bermakna secara purata lebih enam kucing maut dan pihak berkuasa tempatan turut bingung kerana semua insiden tersebut tidak melibatkan aktiviti militan pengganas antarabangsa yang sering ‘menghantui’ Perancis.

Tikus dan burung juga dilaporkan menjadi mangsa setelah termakan racun yang sama, di tengah-tengah perasaan kebimbangan tentang kemungkinan kanak-kanak kecil akan mengutip dan memasukkannya ke dalam mulut.

Persatuan Kucing Terbiar Perancis dalam pada itu turut membuat aduan kepada pihak polis dengan harapan proses bedah siasat akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian sama ada akibat wabak atau kes jenayah.

“Suasana di sini semakin tegang, tiada orang yang percaya kepada orang lain lagi,”kata seorang penduduk yang hanya mahu dirinya dikenali sebagai Genevieve ketika dipetik oleh akhbar harian Perancis, Ouest-France.

“Kami semua berasa khuatir kanak-kanak kemungkinan besar boleh termakan racun misteri itu yang ditaburkan si pembunuh kerana tersilap menyangka ia sebagai gula-gula,” jelasnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Perancis Gempar 200 Kucing Dibunuh Dalam Sebulan

Sekianlah artikel Perancis Gempar 200 Kucing Dibunuh Dalam Sebulan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perancis Gempar 200 Kucing Dibunuh Dalam Sebulan dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/perancis-gempar-200-kucing-dibunuh.html

Subscribe to receive free email updates: