Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes
link : Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

Baca juga


Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

PUTRAJAYA – Selangor diminta mempergiatkan usaha menghapuskan tempat pembiakan nyamuk eedes bagi mengawal penyakit denggi, virus Zika dan Chikungunya yang dibawa vektor tersebut.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam bagaimanapun berkata, kes denggi masih menjadi isu utama di negara ini dengan Selangor menjadi penyumbang kepada lebih 50 peratus bagi keseluruhan kes penyakit tersebut di Malaysia.

“Kita juga melihat trend peningkatan penyakit ini yang mana untuk beberapa bulan sebelum ini, jumlah kes denggi dicatatkan antara 1,600 ke 1,800 kes sebulan, meningkat kepada 2,233 kes pada 4 hingga 10 Jun lalu (minggu ke-23) dan 2,302 kes (28 Mei-3 Jun, minggu ke-22 ),” katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini, hari ini.

Jumlah terkumpul kes denggi hingga minggu ke-23 menurun kepada 43,087 berbanding 52,185 kes untuk tempoh sama tahun lalu.

Justeru beliau menyeru semua pihak termasuk individu, masyarakat, kerajaan tempatan dan negeri untuk bekerjasama dalam memerangi tempat pembiakan nyamuk aedes bagi mengelak kes itu daripada terus meningkat.

Dr Subramaniam berkata sempena Hari Denggi ASEAN yang disambut esok, kerjasama pada peringkat serantau masih diteruskan bagi mencari penyelesaian penyakit tersebut.

“Dengan tema, ‘United Fight Against Dengue’, kesemua negara ASEAN berkongsi maklumat, kajian dan pendekatan yang diambil untuk mengawal penyakit tersebut yang dialami seluruh negara ASEAN,”katanya.

Mengenai kes remaja Pulau Pinang yang dipukul sekumpulan bekas teman sekolah Sabtu lalu, Dr Subramaniam berkata khidmat perubatan akan diteruskan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Dia diisytiharkan mati otak, tetapi melalui mesin kita akan pastikan saluran oksigen mencukupi, pengaliran darah berlaku dan jantung masih berdenyut seperti biasa. Dan kalau itu dapat kita teruskan, kita akan cuba merawat setiap pesakit seberapa lama yang boleh,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rgpyeU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

Sekianlah artikel Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perangi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/perangi-tempat-pembiakan-nyamuk-aedes.html

Subscribe to receive free email updates: