PFAM Sampai Sumbangan Kepada Adra Medina

PFAM Sampai Sumbangan Kepada Adra Medina - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PFAM Sampai Sumbangan Kepada Adra Medina, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PFAM Sampai Sumbangan Kepada Adra Medina
link : PFAM Sampai Sumbangan Kepada Adra Medina

Baca juga


PFAM Sampai Sumbangan Kepada Adra Medina

KUALA LUMPUR – Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) hari ini menyampaikan sumbangan RM9,637 hasil kutipan dana ‘Titipan Sinar Harapan PFAM Untuk Adra Medina’.

Presiden PFAM Hairuddin Omar berkata pihaknya sentiasa mengambil berat hal kebajikan anggotanya termasuk pemain bola sepak Perlis iaitu Mohd Alafi Mahmud yang memerlukan kos bagi merawat anak keduanya, Adra Medina yang disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.

Katanya, beliau amat bersyukur inisiatif yang diusahakan PFAM bermula 2 Jun lepas, bagi membantu bayi berusia dua bulan itu telah mencapai matlamatnya.

“PFA Malaysia sentiasa mengambil berat akan kebajikan dan sumbangan rakan-rakan pemain membuktikan solidariti antara pemain di Malaysia amat kuat dan hal ini terbukti dengan penyerahan sumbangan kepada saudara Alafi hari ini.

“Semoga sumbangan ikhlas ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan saudara Alafi,” katanya dalam kenyataan media.

Inisiatif ‘Titipan Sinar Harapan PFAM Untuk Adra Medina’ turut mendapat perhatian Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bersetuju membiayai kos pembedahan pertama Adra Medina yang dijalankan pada 10 Jun lepas.

Hairuddin bersama kepimpinan PFAM mengunjungi kediaman mertua Mohd Alafi di Sungai Buloh untuk melawat dan menyampaikan ole-ole untuk persiapan menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Sementara itu, Mohd Alafi berkata beliau amat bersyukur kerana pembedahan pertama yang dijalankan menunjukkan kesan positif terhadap anak keduanya itu.

“Keadaan Adra semakin stabil dan buat masa ini Adra memerlukan penjagaan yang rapi untuk memastikan pemulihan yang maksimum sebelum pembedahan susulan apabila berat Adra mencecah 10 kilogram nanti.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada PFAM atas inisiatif ini, tidak lupa juga kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sudi menampung kos pembedahan pertama, ahli PFAM dan orang ramai yang memberikan sumbangan dan menularkan mengenai perkara ini,” katanya.

Kutipan dana ini mendapat perhatian meluas orang ramai, bahkan media massa juga turut membuat liputan mengenai perkembangan Adik Adra Medina ini. Tidak ketinggalan, ahli-ahli PFA Malaysia yang lain turut memberikan sumbangan.

Sebarang sumbangan selepas ini boleh terus disalurkan kepada akaun peribadi CIMB Bank Adra Medina Mohd Alafi – 7622031000. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqS0if

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel PFAM Sampai Sumbangan Kepada Adra Medina

Sekianlah artikel PFAM Sampai Sumbangan Kepada Adra Medina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PFAM Sampai Sumbangan Kepada Adra Medina dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/pfam-sampai-sumbangan-kepada-adra-medina.html

Subscribe to receive free email updates: