Judul : PKNS Komited Tingkat Kesedaran Jalan Raya Selamat
link : PKNS Komited Tingkat Kesedaran Jalan Raya Selamat
PKNS Komited Tingkat Kesedaran Jalan Raya Selamat
SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) komited dalam usaha menyemai kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan warga kerjanya terutama pada musim perayaan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Noraida Mohd Yusof berkata isu keselamatan jalan raya harus dipandang serius lebih-lebih lagi ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.
“Saya mohon kepada semua kakitangan PKNS untuk mempraktikkan langkah keselamatan ketika di jalan raya dan berharap ia dapat dikongsi bersama anggota keluarga dan rakan-rakan,” katanya ketika merasmikan Kempen Keselamatan jalan Raya PKNS 2017, di sini hari ini.
Kempen berkenaan merupakan inisiatif berterusan PKNS untuk menyemai kesedaran melalui perkongsian berkaitan langkah-langkah pencegahan kemalangan jalan raya menerusi ceramah khas keselamatan yang disampaikan oleh anggota panel daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya.
Sebanyak enam kes kemalangan jalan raya termasuk satu kemalangan maut direkodkan melibatkan kakitangan PKNS pada tahun lepas, manakala sehingga Jun tahun ini hanya satu kemalangan motosikal direkodkan.
Bagi kakitangan yang cedera semua perbelanjaan rawatan mereka ditanggung oleh PKNS manakala bagi seorang kakitangan yang maut pada tahun lepas, PKNS telah menyerahkan wang caruman insurans pekerja kepada waris mangsa. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rjPNRn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel PKNS Komited Tingkat Kesedaran Jalan Raya Selamat
Anda sekarang membaca artikel PKNS Komited Tingkat Kesedaran Jalan Raya Selamat dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/pkns-komited-tingkat-kesedaran-jalan.html