Polis Kesan Individu Rakam Video Rasuah

Polis Kesan Individu Rakam Video Rasuah - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Kesan Individu Rakam Video Rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Kesan Individu Rakam Video Rasuah
link : Polis Kesan Individu Rakam Video Rasuah

Baca juga


Polis Kesan Individu Rakam Video Rasuah


POLIS mengesan seorang lagi individu yang bertanggungjawab merakam video seorang anggota trafik dipercayai menerima rasuah daripada seorang pemandu lelaki, yang menjadi tular minggu lalu.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, pihak polis sudah mengenal pasti individu terbabit dan mengesannya untuk membantu siasatan dalam kes rasuah itu.

Sementara, anggota polis trafik yang terlibat pula diarah bertugas di dalam pejabat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh sehingga siasatan selesai.

“Kita hentikan pergerakan luar anggota polis hingga siasatan selesai dijalankan, dia akan bertugas di pejabat.

“Tatatertib tetap berjalan dan pada masa sama rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga dijalankan tetapi kita perlu siasat kedua-duanya yang merakam dan anggota polis yang menerima sebelum tindakan susulan diambil,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, sebuah rakaman berdurasi enam saat menjadi tular, memaparkan seorang anggota trafik bersalaman dengan pemandu dipercayai menerima wang suapan ketika bertugas.

Dalam video itu, turut kedengaran anggota tersebut berkata “Bolehlah, apa pulak tak boleh, u cakap boleh saya boleh lah,” sambil mempamerkan riak wajah tersenyum dan tangannya mengambil sejumlah wang daripada tangan pemandu itu.

Pemandu tersebut kemudiannya mengucapkan terima kasih sebelum video itu berakhir.

Perkongsian video tersebut mendapat kritikan netizen dan menyalahkan kedua-dua pihak termasuk individu yang merakam kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Polis Kesan Individu Rakam Video Rasuah

Sekianlah artikel Polis Kesan Individu Rakam Video Rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Kesan Individu Rakam Video Rasuah dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/polis-kesan-individu-rakam-video-rasuah_6.html

Subscribe to receive free email updates: