Judul : Polis Tahan Seorang Lelaki, Rampas Bunga Api & Mercun Lebih Rm7,000
link : Polis Tahan Seorang Lelaki, Rampas Bunga Api & Mercun Lebih Rm7,000
Polis Tahan Seorang Lelaki, Rampas Bunga Api & Mercun Lebih Rm7,000
JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis bunga api dan mercun bernilai lebih RM7,000 dalam serbuan ke atas sebuah kedai runcit di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata penahanan lelaki berusia 27 tahun di Taman Bukit Mutiara di sini pada pukul 10.30 malam itu, adalah hasil risikan pihaknya.
Hasil pemeriksaan di kedai itu menemukan 127 kotak mercun dan 95 kotak bunga api pelbagai jenis yang dijual tanpa permit sah daripada pihak berkuasa.
“Rampasan dianggarkan bernilai lebih RM7,000 dan suspek telah dibawa ke Balai Polis Bandar Dato Onn di sini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.
Sulaiman berkata individu yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara maksimum selama tujuh bulan atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ruF1Ht
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Polis Tahan Seorang Lelaki, Rampas Bunga Api & Mercun Lebih Rm7,000
Anda sekarang membaca artikel Polis Tahan Seorang Lelaki, Rampas Bunga Api & Mercun Lebih Rm7,000 dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/polis-tahan-seorang-lelaki-rampas-bunga.html