PRK Pujut Tetap Diteruskan, Melainkan Ada Perintah Mahkamah

PRK Pujut Tetap Diteruskan, Melainkan Ada Perintah Mahkamah - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRK Pujut Tetap Diteruskan, Melainkan Ada Perintah Mahkamah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRK Pujut Tetap Diteruskan, Melainkan Ada Perintah Mahkamah
link : PRK Pujut Tetap Diteruskan, Melainkan Ada Perintah Mahkamah

Baca juga


PRK Pujut Tetap Diteruskan, Melainkan Ada Perintah Mahkamah


KUCHING: Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut akan diteruskan sepertimana yang telah ditetapkan dalam writ pilihan raya, melainkan terdapat perintah mahkamah untuk menyekat atau menangguhkan proses tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 19 Mei menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK N.74 Pujut pada 20 Jun, manakala 4 Julai ditetapkan sebagai hari pengundian.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dipetik Utusan Borneo sebagai berkata, walaupun bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.74 Pujut, Dr Ting Tiong Choon, telah memfailkan tindakan saman, namun PRK DUN N.74 Pujut, seperti yang ditetapkan dalam writ pilihan raya tetap diteruskan sehingga ada arahan daripada mahkamah.

"Memandangkan perkara ini telah difailkan di mahkamah, maka ia kini terletak di dalam bidang kuasa mahkamah.

"Oleh itu adalah terlalu awal bagi SPR untuk memberi pandangan mengenai hasil keputusan mahkamah itu berhubung tindakan untuk menghentikan proses PRK tersebut," katanya

SPR berkata demikian sebagai reaksi terhadap saman pemula yang difailkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang dilucut kelayakannya sebagai ADUN.

Saman tersebut bagi mencabar keputusan DUN Sarawak terhadap perlucutan kelayakannya sebagai ADUN.

Dalam samannya, Dr Ting menamakan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar sebagai defendan pertama, Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh sebagai defendan kedua, DUN Sarawak, Kerajaan Sarawak, dan SPR sebagai defendan ketiga, keempat dan kelima.

Kes tersebut akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuching pada 10 Julai 2017.

Pada 12 Mei lepas, sidang DUN Sarawak melucutkan kelayakan Dr Ting berpandukan Pasal 17 (1) (G) Perlembagaan negeri Sarawak kerana pernah mendapatkan kewarganegaraan Australia sebelum ini.

Dr Ting dipercayai melanggar Artikel 17 (1) (G) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan seseorang tidak layak dipilih menjadi ahli dewan undangan negeri sekiranya dia pernah, antara lain, secara sukarela mendapatkan kewarganegaraan atau menggunakan hak warganegara di mana-mana negara di luar persekutuan atau telah mengisytiharkan taat setia kepada mana-mana negara di luar persekutuan Malaysia.

Pada PRN ke-11 lalu, Dr Ting memenangi kerusi Pujut dengan majoriti 1,759 setelah memperolehi 8,899 undi, menewaskan calon BN, Hii King Chiong yang hanya mendapat 7,140 undi, calon PAS, Jofri (513 undi) dan calon Bebas, Fong Pau Teck (375 undi). - Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s6bfO1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel PRK Pujut Tetap Diteruskan, Melainkan Ada Perintah Mahkamah

Sekianlah artikel PRK Pujut Tetap Diteruskan, Melainkan Ada Perintah Mahkamah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRK Pujut Tetap Diteruskan, Melainkan Ada Perintah Mahkamah dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/prk-pujut-tetap-diteruskan-melainkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :