Judul : #PRKPujut: Hormati Keputusan Abang Jo
link : #PRKPujut: Hormati Keputusan Abang Jo
#PRKPujut: Hormati Keputusan Abang Jo
KUCHING: Semua ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) mesti menyokong keputusan dibuat Pengerusi BN Negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkaitan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut.
Memetik laporan The Borneo Post, Ketua Pemuda BN Negeri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia penting untuk memastikan gabungan di negeri ini dapat memastikan kerusi tersebut dimenangi dan dirampas kembali daripada pembangkang.
"Setiap kali demam pilihan raya semakin hampir, kebiasaannya kita akan melihat banyak (calon berasprirasi) turun padang untuk mengetengahkan diri sendiri kepada rakyat. Mahu tidak mahu, keputusan mengenai calon yang diketengahkan ditentukan Pengerusi BN Negeri (Abang Johari) yang akan membuat keputusan.
"Oleh itu, adalah penting bagi kita sebagai anggota parti komponen BN perlu bergerak ke hadapan bersama (untuk kempen dan semua orang mesti mematuhi keputusan serta menyokong sesiapa sahaja calon yang sah bertanding pada PRK nanti," katanya.
Kerusi Pujut kosong selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dilucutkan kelayakan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 12 Mei lepas kerana memiliki kewarganegaraan Australia.
Pada 19 Mei, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan tarikh pengundian pada 4 Julai manakala penamaan calon pada 10 Jun.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan Mei tahun lepas, Dr Ting menang dengan majoriti 1,759 undi dalam pertembungan empat penjuru menentang calon BN Datuk Hii King Chiong, Jofri Jaraiee (PAS) dan Fong Pau Teck (Bebas).-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rzUO9G
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel #PRKPujut: Hormati Keputusan Abang Jo
Sekianlah artikel #PRKPujut: Hormati Keputusan Abang Jo kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #PRKPujut: Hormati Keputusan Abang Jo dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/prkpujut-hormati-keputusan-abang-jo.html