Judul : Qatar Tidak Usir Rakyat 6 Megara
link : Qatar Tidak Usir Rakyat 6 Megara
Qatar Tidak Usir Rakyat 6 Megara
RIYADH: Rakyat negara yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar bebas untuk tinggal di negara itu selaras dengan peraturan sedia ada, kata kerajaan dalam kenyataan yang dilaporkan agensi berita QNA, semalam.
Kenyataan Kementerian Dalam Negeri itu berkata, tiada sebarang perubahan dasar ke atas rakyat negara 'bersaudara dan sahabat' yang memutuskan atau mengehadkan hubungan diplomatik susulan kempen jahat dan permusuhan terhadap negara itu.
Isnin lalu, Arab Saudi, Emiriah Arab bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar dan menuduh negara itu menyokong militan dan Iran dalam pertikaian terburuk rantau Asia Barat dalam tempoh beberapa tahun.
Tiga daripada negara terbabit bertindak keras dengan menghalau rakyat Qatar dan memberi tempoh hanya dua minggu untuk meninggalkan negara mereka.
Antara tiga negara terbabit, UAE lebih kejam apabila menghalang rakyat Qatar daripada transit di lapangan terbang negara itu.
Perselisihan antara negara Arab itu memisahkan keluarga dan memutuskan hubungan perdagangan hingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pekerja asing terutamanya Mesir yang mempunyai pegawai dagang terbesar di Qatar. - Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYmLrO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Qatar Tidak Usir Rakyat 6 Megara
Sekianlah artikel Qatar Tidak Usir Rakyat 6 Megara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Qatar Tidak Usir Rakyat 6 Megara dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/qatar-tidak-usir-rakyat-6-megara.html