Judul : Restoran Nasi Kandar Bergegar Dirempuh ‘Peluru’
link : Restoran Nasi Kandar Bergegar Dirempuh ‘Peluru’
Restoran Nasi Kandar Bergegar Dirempuh ‘Peluru’
GEORGE TOWN – Beberapa pelanggan menjamu selera di sebuah restoran nasi kandar di Lebuh Pantai, di sini berdepan detik cemas apabila sebuah kenderaan merempuh premis itu, lewat Isnin.
Dalam kejadian di Restoran Nasi Kandar Kassim Mustafa itu, kenderaan jenis Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki dikatakan cuba mengelak seorang pejalan kaki sebelum terbabas dan melanggar sebuah motosikal.
Namun dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, usaha cubaan pemandu berusia 26 tahun itu menyebabkan dia pula hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam restoran nasi kandar yang agak popular berkenaan.
Difahamkan, ketika kejadian, terdapat beberapa pelanggan sedang menjamu selera, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan kesan rempuhan dramatik tersebut juga seumpama gegaran akibat tembakan peluru besar.
Seorang saksi, Abdul Manaf Hashim berkata, dia melihat kenderaan terbabit meluncur laju ke dalam restoran terbabit dan melanggar meja makan serta kerusi di dalamnya.
“Ketika saya duduk dan minum di kedai Kassim Mustafa, kami 4 hingga 5 orang duduk di tengah, tiba-tiba saya ternampak sebuah kereta berwarna hitam datang ke arah kedai, laju seperti peluru.
Apabila kereta itu masuk terus ke dalam, kerusi dan meja terpelanting ke belakang.
“Hari ni, belakang badan saya masih sakit lagi. Saya nak jumpa doktor dan saya telah membuat laporan polis bahawa saya terkejut dan tidak menyangka kereta itu boleh melurulaju. Kata pemandu dia membawa dengan perlahan, mustahil kereta itu laju,” katanya.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba Lebuh Pantai, Muhammad Rizal Abu Bakar berkata, bomba yang tiba di lokasi sejurus kejadian mendapati restoran berada dalam keadaan berselerak manakala kenderaan tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.
“Kita dapati kereta Alza yang dibawa seorang lelaki telah merempuh di sebuah restoran tersebut dan pada masa itu kita mendapati ramai pelanggan berada di situ cuma terdapat satu mangsa yang cedera ringan terkena daripada kemalangan tersebut. Semasa bomba sampai di sana, didapati keadaan berselerak dan kenderaan pun telah berada di dalam kedai tersebut,” katanya.
Polis yang menjalankan siasatan kemudiannya menahan pemandu tersebut untuk siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 43 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r0c7OZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Restoran Nasi Kandar Bergegar Dirempuh ‘Peluru’
Anda sekarang membaca artikel Restoran Nasi Kandar Bergegar Dirempuh ‘Peluru’ dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/restoran-nasi-kandar-bergegar-dirempuh.html