Judul : Russia Gesa Adakan Dialog Bagi Tamatkan Krisis Teluk
link : Russia Gesa Adakan Dialog Bagi Tamatkan Krisis Teluk
Russia Gesa Adakan Dialog Bagi Tamatkan Krisis Teluk
DUBAI: Russia menggesa dialog diadakan bagi menyelesaikan pertikaian antara Qatar dan jirannya di Teluk, ketika Riyadh dan sekutunya menyambut baik tuntutan Presiden Donald Trump supaya Doha berhenti membiayai kumpulan pengganas.
"Kami tidak gembira dalam keadaan ini apabila hubungan antara negara rakan kami semakin buruk.
"Kami menyokong usaha menyelesaikan sebarang pertikaian menerusi dialog," kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, menambah Moscow sedia melakukan apa yang terdaya untuk membantu menyelesaikan krisis itu.
Rayuan Moscow dibuat selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson, menggalakkan Arab Saudi dan sekutunya mengendurkan 'sekatan' darat dan laut terhadap Qatar.
Isnin lalu, Arab Saudi, Bahrain, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Yaman dan Maldives memutuskan hubungan dengan Qatar, menuduh negara kaya minyak itu menyokong keganasan dan mengenakan hukuman ke atas negara itu.
Qatar menyifatkan tuduhan itu tidak berasas dan menghantar Menteri Luar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani bagi mendapatkan sokongan dari luar negara.
Semalam, beliau berada di Moscow untuk berjumpa Lavrov, selepas mengunjungi Jerman dan Brussels.
Sementara itu, kumpulan hak asasi, Amnesty International, memberi amaran 'kekecewaan dan ketakutan' dialami rakyat biasa yang terperangkap dalam perbalahan diplomatik itu. - AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sfOJlG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Russia Gesa Adakan Dialog Bagi Tamatkan Krisis Teluk
Sekianlah artikel Russia Gesa Adakan Dialog Bagi Tamatkan Krisis Teluk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Russia Gesa Adakan Dialog Bagi Tamatkan Krisis Teluk dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/russia-gesa-adakan-dialog-bagi-tamatkan.html