Judul : Salahuddin Ingatkan Kaum Cina Bagi Melayu Limau!
link : Salahuddin Ingatkan Kaum Cina Bagi Melayu Limau!
Salahuddin Ingatkan Kaum Cina Bagi Melayu Limau!
KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan kaum Melayu bahawa kaum Cina masih sanggup berkongsi keceriaan perayaan mereka dengan mengedarkan limau kepada kaum Melayu walaupun mereka menerima layanan buruk daripada segelintir orang Melayu pada bulan Ramadan.
Sehubungan itu, TImbalan Presidennya, Salahuddin Ayub meminta kaum Melayu supaya menjadikan bulan Ramadan sebagai medan untuk mereka melakukan amal kebaikan seperti kaum Cina tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa.
“Sewaktu bulan Ramadan kita halang mereka edar kurma, bila tiba Hari Raya Cina, mereka masih sudi untuk berkongsi keceriaan perayaan mereka dengan edaran limau kepada semua tanpa mengira bangsa dan perbezaan.
“Sangat mengharapkan dalam bulan Ramadan yang penuh barakah ini kita perhebatkan hubungan kita kepada Tuhan dan juga hubungan sesama manusia. Saya percaya kita rakyat Malaysia yang lebih baik dan bertamadun daripada apa yang telah berlaku baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas insiden pemimpin DAP dihalang oleh orang Melayu termasuk seorang imam dairpada memasuki sebuah Bazar Ramadan di Johor dengan alasan untuk memberi sumbangan buah kurma kepada umat Islam di situ baru-baru ini.
Kaum Melayu terbabit dipercayai bertindak demikian kerana tidak mahu DAP mengambil kesempatan daripada bulan puasa untuk berkempen di Bazar Ramadan yang menjadi tempat untuk umat Islam menjual dan membeli juadah berbuka puasa.
Salahuddin seterusnya mengingatkan rakyat Johor beragama Islam supaya memiiki akhlak yang tinggi dalam kehidupan kerana perbuatan seperti itu didakwa mencemarkan imej Islam dalam bulan puasa.
“Kita rakyat Johor dan Malaysia perlu mencontohi akhlah Nabi Muhammad SAW dalam berhadapan dengan pelbagai pihak,” katanya. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rufSg2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Salahuddin Ingatkan Kaum Cina Bagi Melayu Limau!
Anda sekarang membaca artikel Salahuddin Ingatkan Kaum Cina Bagi Melayu Limau! dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/salahuddin-ingatkan-kaum-cina-bagi.html