Judul : Saya Berhenti ‘Judge’ Orang Lepas Lihat 2 Kejadian Ini Semasa Travel
link : Saya Berhenti ‘Judge’ Orang Lepas Lihat 2 Kejadian Ini Semasa Travel
Saya Berhenti ‘Judge’ Orang Lepas Lihat 2 Kejadian Ini Semasa Travel
Nak cerita pengalaman travel yang lepas. Di UK anda boleh berdakwah secara terbuka tidak kira apa agama sekali pun. Di Birmingham, setiap minggu saya akan ke Bullring dan lihat kumpulan aktivis ini tak putus-putus berdakwah.
Mereka akan menghulurkan FREE HOLY QURAN (English translation) kepada sesiapa sahaja yang ingin tahu tentang Islam. Berhadapan booth mereka, ada kumpulan ahli gereja juga turut menyebarkan ajaran Kristian dengan terjemahan Bible.
Saya melihat tiada persengketaan dalam menyebarkan ajaran agama masing-masing.
Sedang saya perati kumpulan aktivis Muslim ini, saya dapati ada seorang lelaki Eropah yang penuh tatoo di badan dan di muka berbual dengan mereka.
Entah apa yang mereka bualkan, saya tertanya-tanya. “Ask Me About ISLAM” dibelakang badan salah seorang aktivis menarik perhatian saya. Bertanya tentang Islam mungkin?
Saya lihat lelaki bertatoo itu menghulurkan beberapa keping wang kepada mereka. Mashaallah! Tak sangka “orang yang macam tu” boleh memberi sedekah kepada orang yang bukan seagama dengan dia. Bodohnya aku suka judge orang.
Lagi pengalaman travel yang saya tak sangka berjumpa orang, lain pula kali ini. Perempuan beragama Islam tudung labuh bertutup dan kadang-kadang berniqab membuat maksiat terbuka di hadapan orang ramai. Bila ditanya, rupanya pasangan ini belum ada ikatan yang SAH. Mashaallah! Bodohnya aku percaya pada pakaian dia.
Saya dulunya agak stereotaip dan cepat judge orang dari luaran tetapi pandangan saya terhadap agama/bangsa seseorang itu 100% berubah selepas mengembara.
Jangan hanya melihat seseorang itu dari segi luaran (penampilan) tetapi kenali hati budi seseorang itu dahulu. Sekian nukilan di pagi hari.
Effa Asyifa,
Pendosa yang inginkan Syurga
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t8zHKV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Saya Berhenti ‘Judge’ Orang Lepas Lihat 2 Kejadian Ini Semasa Travel
Sekianlah artikel Saya Berhenti ‘Judge’ Orang Lepas Lihat 2 Kejadian Ini Semasa Travel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saya Berhenti ‘Judge’ Orang Lepas Lihat 2 Kejadian Ini Semasa Travel dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/saya-berhenti-judge-orang-lepas-lihat-2.html