Judul : Sebelum Penyakit Kulit Singgah, 10 Perkara Pasal Kulit Bayi Baru Lahir Ini Mak-mak Patut Ambil Tahu
link : Sebelum Penyakit Kulit Singgah, 10 Perkara Pasal Kulit Bayi Baru Lahir Ini Mak-mak Patut Ambil Tahu
Sebelum Penyakit Kulit Singgah, 10 Perkara Pasal Kulit Bayi Baru Lahir Ini Mak-mak Patut Ambil Tahu
Sebelum Penyakit Kulit Singgah, 10 Perkara Pasal Kulit Bayi Baru Lahir Ini Mak-mak Patut Ambil Tahu
Kulit bayi memang cukup sensitif! Selain ruam banyak lagi perkara yang berkaitan dengan kulit bayi yang perlu mak-mak semua tahu.
Bila mak-mak tahu serba sedikit tentang bayi, tidaklah mak-mak cepat gelabah dan risau, malah anda boleh membuat persiapan yang sepatutnya. Jom, lihat apa 10 perkara berkaitan kulit bayi yang patut anda tahu.
1. Mudah kena ruam
Kebanyakkan bayi yang baru lahir akan ditumbuhi ruam. Namun ruam ini tidak membahayakan dan akan hilang sendiri. Memang diakui menjaga kulit bayi sedikit rumit. Mak-mak perlu mengetahui tahap tahap masalah kulit si manja sama ada boleh dirawat dirumah atau memerlukan perubatan dan cara mengelakkan dari mendapat masalah tersebut.
2. Ruam sebab pakai pampers
Jika bayi mempunyai kulit kemerah- merahan di sekitar punggung, pelipatan peha dan alat sulit maka ia dinamakan ruam lampin. Ruam lampin berlaku kerana kerengsaan kulit kerana lampin pakai buang terlalu ketat, lampin basah yang dibiarkan terlalu lama atau alah kepada sabun, tisu lembap yang mengandungi bahan kimia yang terlalu kuat. Sediaan krim ruam yang semulajadi di rumah.
3. Jerawat dan bintik putih
Jerawat pada bayi ada kaitan dengan yis, bukan sebab minyak terkumpul macam kita orang dewasa. Jerawat di hidung dan pipi bayi biasanya akan hilang dengan sendiri dalam masa beberapa minggu.
4. Tanda lahir
Tanda lahir berwarna lebih gelap dan tidak diwarisi. Secara amnya tanda lahir tidak memerlukan rawatan.
5. Kulit kering
Bayi yang dilahirkan overdue biasanya akan mengalami kulit kering dan mengelupas. Kulit asas yang terletak dibawah kulit yang mengelupas itu adalah sihat, lembut dan lembap.
6. Kepala berkerak
Kulit kepala berkerak selalunya terjadi pada bulan pertama atau kedua dan biasanya akan hilang pada tahun pertama. Bahasa perubatannya dipanggil dermatitis seborrheic yang disebabkan lebihan minyak dan muncul sebagai kulit bersisik, berlilin, ruam pada kulit kepala, sisi hidung atau belakang telinga.
7. Ruam panas
Ruam panas ialah biji kecil kemerahan. Biasanya muncul pada bahagian badan bayi yang biasa berpeluh seperti leher, kawasan lampin, ketiak dan pada pelipatan kulit. Cara merawatnya ialah dengan mendedahkan bahagian tersebut ke persekitaran yang lebih dingin, sentiasa kering dan memakaikan bayi baju dari material kain kapas.
8. Masa mandi
Pastikan kulit bayi terhidrat dengan mandi di dalam air suam selama tiga hingga 5 minit. Elakkan membiarkan bayi anda duduk atau bermain dengan air sabun. Cara mengeringkan bayi adalah dengan tepuk kering, bukan menggosok kerana menggosok akan menanggalkan kelembapan semulajadi kulit.
9. Milia
Satu daripada 2 orang bayi mempunyai lebam keputihan. Ini biasanya muncul pada hidung dan muka. Keadaan ini disebabkan oleh kepingan kulit yang menyekat kalenjar minyak. Tidak perlu rawatan, kerana milia akan hilang sendiri.
10. Produk penjagaan bayi
Gunakan detergen yang lembut untuk mencuci bayi anda. Sebaik- baiknya ialah daripada bahan semulajadi yang rendah bahan kimia atau tanpa bahan kimia lansung.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rz69Zf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Sebelum Penyakit Kulit Singgah, 10 Perkara Pasal Kulit Bayi Baru Lahir Ini Mak-mak Patut Ambil Tahu
Anda sekarang membaca artikel Sebelum Penyakit Kulit Singgah, 10 Perkara Pasal Kulit Bayi Baru Lahir Ini Mak-mak Patut Ambil Tahu dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/sebelum-penyakit-kulit-singgah-10.html