Judul : Selesaikan Isu Antara Nazri, Abdul Karim Atas Semangat BN
link : Selesaikan Isu Antara Nazri, Abdul Karim Atas Semangat BN
Selesaikan Isu Antara Nazri, Abdul Karim Atas Semangat BN
SIMUNJAN – Pertelingkahan antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah perlu diselesaikan atas semangat setiakawan Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin.
Beliau juga percaya kedua-dua tokoh terbabit boleh duduk semeja untuk berbincang secara baik.
“Dalam BN kita ada prinsip musyawarah, kita ada prinsip setiakawan, prinsip konsensus… tak perlu isu ini dipanjangkan di media,” kata Menteri Belia dan Sukan itu kepada pemberita sebelum mengetuai larian obor Sukan SEA 2017 peringkat Bahagian Samarahan di Jambatan Batang Sadong, Simunjan petang ini.
Turut hadir Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.
Mengulas perkara itu, Abdul Karim berkata beliau juga tidak mahu isu tersebut dipanjangkan.
“Tak perlulah (ulas lanjut) Yang Berhormat Khairy dah katakan tadi selesaikan dengan cara baik. Bagi diri saya itu tidak jadi masalah dalam bulan Ramadan tidak perlu melenting-lenting,” katanya
Ditanya mengenai keputusan kerajaan Sarawak untuk menarik balik penyertaan wakilnya dalam Tourism Malaysia, Abdul Karim berkata keputusan itu telah lama dibuat dan bukan disebakan pertelingkahan tersebut.
“Keputusan tidak ada kena-mengena dengan apa berlaku antara kementerian saya dan Kementerian Pelancongan Malaysia. Kemungkinan keputusan pada masa yang sama tetapi tidak ada kena-mengena,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rRuF7J
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Selesaikan Isu Antara Nazri, Abdul Karim Atas Semangat BN
Anda sekarang membaca artikel Selesaikan Isu Antara Nazri, Abdul Karim Atas Semangat BN dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/selesaikan-isu-antara-nazri-abdul-karim.html