Serangan London: 50 Das Bunuh 3 Suspek, 12 Ditahan

Serangan London: 50 Das Bunuh 3 Suspek, 12 Ditahan - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Serangan London: 50 Das Bunuh 3 Suspek, 12 Ditahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Serangan London: 50 Das Bunuh 3 Suspek, 12 Ditahan
link : Serangan London: 50 Das Bunuh 3 Suspek, 12 Ditahan

Baca juga


Serangan London: 50 Das Bunuh 3 Suspek, 12 Ditahan


LONDON – Lapan anggota polis terpaksa melepaskan sehingga 50 das tembakan untuk menghalang perbuatan tiga suspek dalam insiden serangan berdarah di Jambatan London di sini, kelmarin.

Ketiga-tiga penyerang sebelum itu dikatakan memandu sebuah van sewa dan sengaja merempuh sekumpulan pejalan kaki sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan mencederakan 48 yang lain.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Bahagian ‘Counter Terrorism’ Britain, Mark Rowley sambil mendedahkan, 10 orang terbunuh termasuk tiga penyerang yang turut bertindak menikam orang ramai menggunakan senjata tajam.

Suspek nekad menyerang secara rambang dekat Pasar Bo­rough dalam kejadian disifatkan ‘aksi pengganas’ terburuk selepas serangan di luar Parlimen Britain pada 22 Mac lalu yang membunuh empat orang manakala 40 lagi cedera.

Rowley berkata, dalam kejadian pada pukul 10.08 malam Ahad waktu tempatan (6.08 pagi Isnin waktu Malaysia), ketiga-tiga lelaki tersebut dikatakan hanya memakai jaket berisi bom yang kemudian disahkan sebagai palsu.

Perkhidmatan Ambulans London memaklumkan bahawa hampir 50 orang disahkan cedera termasuk seorang pegawai polis serta dua warga Pe­rancis dan kebanyakan mangsa masih lagi berada dalam keadaan kritikal.

Mereka telah dikejarkan ke lima buah hospital yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut. Serangan tersebut berlaku kira-kira beberapa hari lagi menjelang pilihan raya umum di seluruh Britain pada Khamis ini.

Ia secara kebetulan beberapa minit sebelum berakhir perlawanan akhir bola sepak Liga Juara Eropah antara Real Madrid dan Juventus di kawasan dipenuhi orang ramai leka menonton perlawanan itu menerusi skrin televisyen.

Polis yang ‘mengepung’ Pasar Borough kemudian menembak mati tiga penye­rang itu pada pukul 10.16 malam dekat sebuah jambatan. Tragedi tersebut diisytiharkan sebagai ‘serangan pengganas’ pada pukul 12.25 tengah malam.

Manakala pihak berkuasa London melalui laman sosial Twitter menggesa penduduk London agar segera ‘lari, bersembunyi, beritahu’ jika mereka secara kebetulan terperangkap dalam insiden keganasan tersebut.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 12 suspek telah ditahan di sebuah pangsapuri dekat Bar­king, timur London bagi membantu siasatan susulan insiden sera­ngan tersebut.

Portal The Sun memetik laporan Sky News sebagai berkata, polis bertindak mengepung kawasan pangsapuri itu selepas menerima maklumat mengatakan salah seorang daripada penyerang yang terbunuh dalam insiden tersebut tinggal di kawasan berkenaan.

Kejadian itu berlaku kurang dua minggu selepas kejadian seorang lelaki, Salman Abedi meletupkan dirinya menyebabkan 22 orang maut di Manchester Arena, Manchester semasa konsert penyanyi Amerika Syarikat (AS), Ariana Grande.

Malah, serangan terbaharu se­­malam itu merupakan yang ketiga dalam tempoh tiga bulan ini sebelum serangan pengganas di Jambatan Westminster pada Mac lalu yang menyebabkan lima kematian manakala berpuluh-puluh lagi cedera. – AGENSI

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rUDXBn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Serangan London: 50 Das Bunuh 3 Suspek, 12 Ditahan

Sekianlah artikel Serangan London: 50 Das Bunuh 3 Suspek, 12 Ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Serangan London: 50 Das Bunuh 3 Suspek, 12 Ditahan dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/serangan-london-50-das-bunuh-3-suspek.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :