Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Pagi Ini

Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Pagi Ini - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Pagi Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Pagi Ini
link : Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Pagi Ini

Baca juga


Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Pagi Ini





Sebahagian daripada 32 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang ditahan reman berhubung siasatan kes kematian seorang penuntut universiti itu, akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini.

Memetik laporan BH Online, suspek kes kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain  akan didakwa kira-kira jam 10 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad bagaimanapun tidak mendedahkan berapa ramai yang akan didakwa.

"Reman seramai 32 pelajar UPNM tamat hari ini. Sebahagian daripada mereka akan dibawa ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini untuk didakwa," katanya dalam satu kenyataan ringkas, pagi ini.

Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lalu, dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakan.

Mangsa dilapor mengalami kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki akibat ditekap dengan seterika wap yang dipercayai didera pada 20 dan 21 Mei lalu.

Sehubungan kes itu, seramai 36 suspek yang terdiri daripada 32 pelajar universiti itu dan empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ditahan reman untuk membantu siasatan.

Pada 8 Jun lalu, keempat-empat pelajar Uniten terbabit dibebaskan manakala perintah reman terhadap 32 penuntut UPNM disambung sehingga hari ini.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqEZVY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Pagi Ini

Sekianlah artikel Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Pagi Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Pagi Ini dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/suspek-kes-kematian-pelajar-upnm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :