Judul : T-Team Ikat 3 Pemain Tempatan Perkuat Pasukan
link : T-Team Ikat 3 Pemain Tempatan Perkuat Pasukan
T-Team Ikat 3 Pemain Tempatan Perkuat Pasukan
KUALA TERENGGANU – T-Team sambar tiga muka baharu bagi memperkuat jentera tengah pasukan sekali gus melengkapkan jendela perpindahan kali ini.
Tiga pemain tempatan yang bakal mengukuhkan pasukan ialah bekas pemain Terengganu Mohd Asrol Ibrahim yang kembali membuat ‘pusingan U’ selepas enam bulan menabur bakti bersama skuad penyu.
Selain itu, bekas ketua pasukan MISC-MIFA, Ooi Shee Keong, 26, dan pemain sayap Melaka United, Syed Sobri Syed Muhammad, 23, turut bersetuju untuk menyarung jersi pasukan T-Team.
Ketiga-tiga pemain itu menandatangani kontrak setahun bersama T-Team hari ini dengan disaksikan pengurus pasukan, Datuk Mohamad Kamil Othman.
Mohd Kamil berkata kehadiran muka baharu itu diharap dapat menyuntik semangat dan mengukuhkan lagi pasukan dalam merebut kedudukan terbaik pada musim ini.
Beliau yakin dengan kebolehan ketiga-tiga pemain tersebut berdasarkan pengalaman yang ada dan kesemua mereka juga bebas daripada sebarang kecederaan.
“Sekarang ini kami perlu bekerja keras untuk memastikan pasukan berada dalam kedudukan terbaik dan saya harap ketiga-tiga mereka dapat memberikan komitmen seterusnya merealisasikan impian pasukan.
“Saya difahamkan perpindahan ini tidak melibatkan pemain lama hanya membabitkan pemain dari Piala Presiden T-Team yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan dan terpaksa digugurkan daripada pasukan,” katanya.
Mengulas berhubung pengambilan pemain tempatan untuk mengukuhkan pasukan berbanding pemain import yang menjadi sasaran pasukan lain, Mohd Kamil berkata kekangan kewangan dan beberapa faktor lain menyebabkan T-Team memilih pemain tempatan.
Sementara itu Asrol berkata keputusannya untuk bersama T-Team dibuat ekoran kedudukannya sebelum ini yang hanya banyak memanaskan bangku simpanan dan situasi itu mendorong kepulangannya ke Liga Super dengan tekad merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad kendalian Rahmad Darmawan.
“Saya akan bekerja keras bersama rakan-rakan lain untuk merebut tempat dalam pasukan sekali gus mengembalikan kepercayaan ketua jurulatih,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r5cuYK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel T-Team Ikat 3 Pemain Tempatan Perkuat Pasukan
Anda sekarang membaca artikel T-Team Ikat 3 Pemain Tempatan Perkuat Pasukan dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/t-team-ikat-3-pemain-tempatan-perkuat.html