Taklik Poligami Menghalang Suami Berpoligami

Taklik Poligami Menghalang Suami Berpoligami - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Taklik Poligami Menghalang Suami Berpoligami, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Taklik Poligami Menghalang Suami Berpoligami
link : Taklik Poligami Menghalang Suami Berpoligami

Baca juga


Taklik Poligami Menghalang Suami Berpoligami

Taklik Poligami Menghalang Suami Berpoligami

Saya berharap admin dapat menyiarkan penulisan ni sebab ramai wanita yang tidak mengetahui tentang taklik ni. Taklik poligami merupakan taklik yang dapat melindungi hak isteri. Hari ini dapat kita lihat bahawa terdapat ramai suami yang berpoligami tidak kira sama ada dalam pengetahuan isteri ataupun berkahwin secara rahsia. Terdapat ramai suami yang layak berpoligami tetapi terdapat juga ramai suami yang tidak layak berpoligami. Suami yang tidak layak berpoligami inilah yang menzalimi isteri mereka. Hal inilah yang akan menyebabkan ramai perempuan yang memandang serong terhadap poligami walaupun poligami merupakan sesuatu yang baik.

Yang paling menyedihkan saya ialah ada wanita yang mendakwa bahawa Islam tidak menjaga hak seorang isteri. Perkara ini tidak benar kerana Islam sendiri menjaga hak wanita melalui taklik poligami cuma bergantung kepada seseorang itu sama ada dia tahu atau tidak tentang perkara ini. Mungkin kebanyakan wanita di Malaysia tidak didedahkan dengan taklik ini.

Hal ini berbeza dengan wanita-wanita di beberapa negara Islam seperti Iran, Syria, Jordan, Maghribi dan Mesir menggunakan taklik untuk menghalang poligami tanpa keizinan isteri. Negara-negara tersebut mengamalkan undang-undang bahawa suami yang bersetuju dengan kontrak perkahwinan tidak akan berkahwin dengan perempuan lain sepanjang perkahwinan dengan isteri pertama dan dia terikat dengan syarat-syarat tersebut.

Penambahan syarat tidak membenarkan suami berpoligami di dalam lafaz taklik boleh dijadikan pilihan jika kedua-dua belah pihak iaitu lelaki dan wanita yang ingin berkahwin bersetuju mengenainya. Bakal pengantin boleh memohon taklik ini di mahkamah syariah. Namun, langkah tersebut perlulah melalui prosedur yang betul iaitu dengan mendapatkan nasihat serta pandangan daripada pihak kadi atau mahkamah syariah bagi memastikan segala syarat itu masih dalam lingkungan hukum syarak.

Dalam masalah poligami, syarat taklik menjadi jaminan undang-undang agar suami tidak memadukan isterinya. Jika ternyata suaminya tetap memadukan isterinya, maka isterinya berhak mendapatkan perceraian walaupun perceraian itu amat berat bagi suaminya. Isterinya pula hendaklah sejak awal menyediakan mental , fizikal dan rohani untuk positif meneruskan hidup baru pasca perceraian andai ternyata diduakan suami. Jika tidak bersedia, isteri berhak membatalkan syarat takliknya.

Setiap suami biasanya sukar melepaskan isteri solehah yang sekian lama berkongsi susah-senang dan membina cinta bersama. Maka, syarat taklik ini menyebabkan isteri beroleh ketenangan hati daripada sikap tidak setianya suami. Bukan itu sahaja, suami yang menyayangi isterinya akan fokus pada pembinaan mawaddah, rahmah dan sakinah dalam rumah tangga sedia ada serta fokus pada pendidikan anak-anak tanpa berfikir untuk menikah lagi. Perjanjian Taklik Talak biasanya dilakukan ketika suami menandatangani sighat Taklik yang diucapkannya sesudah akad nikah.

Walaupun taklik poligami ini memberi kesan baik kerana melindungi isteri daripada dimadu, terdapat juga kesan lain taklik ini. Tiada sesiapa yang dapat menentukan masa depan perkahwinan kerana suatu hari suami mungkin mempunyai alasan kukuh untuk berpoligami, seperti isteri sakit dan tidak dapat melahirkan anak. Melalui poligami si suami berpeluang mendapatkan cahaya mata dan masih dapat hidup bersama dengan isteri pertama yang masih disayangi. Jika pasangan telah bersetuju dengan lafaz taklik poligami tentulah perceraian akan berlaku secara automatik sekalipun kedua suami isteri itu tidak mahu berpisah. Oleh itu, wanita di luar sana fikir-fikir sendiri la tentang kesan daripada taklik poligami ini.

Buat bakal pengantin muslimah yang takut dimadukan suami kerana takut agamanya rosak lantaran cemburu, Islam memberikan solusi yang amat adil. Begitulah ketenangan beragama yang dimiliki oleh puteri-puteri Rasulullah SAW. Tersenyumlah. Yakinlah akan terbelanya hak-hak seorang muslimah di dalam Islam. Islam agama terbaik. Agama fitrah. Agama yang memahami hati dan perasaan. Tiada diskriminasi gender. Tiada pemaksaan yang bertentangan dengan fitrah. Bukankah Allah sangat memahami? Ustazah Fatimah Syarha

***Terdapat juga taklik tambahan yang memelihara hak suami dan isteri. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk mahkamah syariah.

Aisya

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rE6sQI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Taklik Poligami Menghalang Suami Berpoligami

Sekianlah artikel Taklik Poligami Menghalang Suami Berpoligami kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Taklik Poligami Menghalang Suami Berpoligami dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/taklik-poligami-menghalang-suami.html

Subscribe to receive free email updates: