Judul : Tangan Wanita Tersepit Mesin Pengadun Kuih
link : Tangan Wanita Tersepit Mesin Pengadun Kuih
Tangan Wanita Tersepit Mesin Pengadun Kuih
NGERI dan kesakitan. Itu yang dialami seorang wanita warga asing selepas terpaksa menahan kesakitan apabila tangannya tersepit di sebuah mesih pengadun kuih di Taman Keramat, Ampang pagi tadi.
Gambar kejadian tersebut menjadi tular di media sosial dengan memaparkan jari hingga bahagian pergelangan tangan wanita berusia 30 an itu berada dalam mesin pengadun kuih.
Situasi cemas itu bagaimanapun berakhir dengan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dipanggil untuk mengeluarkan tangan mangsa kira-kira jam 10.26 pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kerja menyelamatkan tangan mangsa yang tersepit dari mesin dengan menggunakan hydraulic cutter.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.
Perkongsian gambar tersebut turut mendapat perhatian netizen dan menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati apabila menggunakan peralatan membuat kuih supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini sebelum menyambut perayaan kali ini. – MYNEWSHUB.CC
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Tangan Wanita Tersepit Mesin Pengadun Kuih
Sekianlah artikel Tangan Wanita Tersepit Mesin Pengadun Kuih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tangan Wanita Tersepit Mesin Pengadun Kuih dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/tangan-wanita-tersepit-mesin-pengadun_6.html