Tetapkan Kuota Bagi Eksport Kayu – Exco Johor

Tetapkan Kuota Bagi Eksport Kayu – Exco Johor - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tetapkan Kuota Bagi Eksport Kayu – Exco Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tetapkan Kuota Bagi Eksport Kayu – Exco Johor
link : Tetapkan Kuota Bagi Eksport Kayu – Exco Johor

Baca juga


Tetapkan Kuota Bagi Eksport Kayu – Exco Johor

JOHOR BAHRU – Pengeksportan kayu pokok getah perlu diberikan kuota bagi memastikan bekalannya untuk kegunaan industri perabot tempatan sentiasa mencukupi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata cadangan itu susulan wujud permasalahan bekalan di peringkat industri perabot tempatan khususnya di daerah Muar, apabila banyak pokok-pokok getah dieksport ke negara luar terutama China.

“Walaupun China menawarkan harga yang lebih tinggi, kita sebagai rakyat Johor khususnya dan Malaysia amnya sudah pasti akan mempertahankan industri perabot yang telah ada di negeri ini daripada hilang begitu sahaja.

“Ini kerana bekalan yang tidak mencukupi ini bakal menyebabkan industri perabot tempatan tidak berkembang dan menyebabkan mereka yang mahir dalam pertukangan beralih arah mencari pekerjaan dan akhirnya kemahiran tukang perabot ini akan hilang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas pendirian kerajaan negeri berhubung pengeksportan kayu getah yang permasalahannya turut disuarakan pemain industri baru-baru ini.

Ayub berkata selain mengenakan kuota, pengeluaran permit pengeksportan yang terhad juga merupakan jalan yang terbaik dalam mengelakkan persaingan yang tidak sihat serta menjejaskan ekonomi domestik.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) juga akan membuat kajian terhadap kesan pengeksportan kayu getah kepada industri perabot di negeri ini dengan kadar segera bagi memastikan kayu-kayu getah yang ada mencukupi dan tidak menghancurkan industri terbabit.

Selain itu, pendekatan lain adalah mewujudkan Pusat Pameran Antarabangsa Perabot di negeri ini yang menjadi pelengkap kepada Hab Industri Perabot Muar untuk membantu mempromosi industri berkenaan.

“Pusat ini juga akan menarik lebih ramai pembeli perabot dari dalam dan luar negara berkunjung ke daerah Muar dan Tangkak. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sng1pA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Tetapkan Kuota Bagi Eksport Kayu – Exco Johor

Sekianlah artikel Tetapkan Kuota Bagi Eksport Kayu – Exco Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tetapkan Kuota Bagi Eksport Kayu – Exco Johor dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/tetapkan-kuota-bagi-eksport-kayu-exco.html

Subscribe to receive free email updates: