Ular Dalam Mi Goreng

Ular Dalam Mi Goreng - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ular Dalam Mi Goreng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ular Dalam Mi Goreng
link : Ular Dalam Mi Goreng

Baca juga


Ular Dalam Mi Goreng


BEIJING: Sebuah restoran di wilayah berautonomi Guangxi Zhuang, selatan China, diarah ditutup selepas pelanggannya menemui ular di dalam mi goreng yang dibeli untuk dibawa pulang ke rumah, lapor media semalam.

Wanita itu yang juga pelajar Universiti Guangxi, dikenali sebagai Wang berkata, dia membeli satu hidangan mi goreng siput untuk makan tengah hari di bilik asramanya pada Jumaat lalu, lapor News.qq.com.

Bagaimanapun, selepas beberapa suap dia ternampak seekor ular kecil melingkar di atas sayur-sayuran di dalam mangkuknya.

“Saya terus hilang selera. Selepas mengambil beberapa gambar reptilia itu saya terus membuang sisa mi berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak membuat aduan rasmi kepada restoran berkenaan, tetapi mengongsikan imej itu di akaun WeChat miliknya.

Gambar itu menjadi tular dan menarik perhatian pihak berkuasa makanan tempatan yang terus melancarkan siasatan.

Pemeriksaan di restoran itu mendapati premisnya amat kotor dan pemiliknya tidak dapat menunjukkan resit pembekalnya.

Sementara itu, pemilik restoran berkenaan menafikan hidangan dibeli Wang dari restorannya kerana tiada pelanggan lain membuat aduan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mengarahkan restoran itu ditutup untuk dibersihkan sepenuhnya.

Pemilik berkenaan bagaimanapun tidak didakwa kerana tiada bukti mengaitkannya dengan ular berkenaan. - Agensi


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tM6BBz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Ular Dalam Mi Goreng

Sekianlah artikel Ular Dalam Mi Goreng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ular Dalam Mi Goreng dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/ular-dalam-mi-goreng.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :