Judul : Usaha terkini Anwar untuk menyelamatkan dirinya
link : Usaha terkini Anwar untuk menyelamatkan dirinya
Usaha terkini Anwar untuk menyelamatkan dirinya
Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 8 Jun 2017
Ahli Lawyers for Liberty dan PKR, Latheefa Koya baru sahaja menghantar mesej kepada pemberita mengatakan bahawa Anwar Ibrahim akan memfailkan tindakan undang-undang segera terhadap sabitan dan pemenjaraannya, berdasarkan pada pendedahan RM 9.5 juta telah dibayar oleh PM kepada pendakwa Tan Sri Shafee.
Ini bukan kali pertama beliau cuba melepaskan diri sejak beliau disabitkan. Beliau telah merayu sekurang-kurangnya 6 kali kepada mahkamah dan kepada Agong – semuanya gagal.
Dakwaan Pakatan adalah bahawa Shafee menerima RM9.5 juta daripada Najib Razak dalam dua bahagian - pada 11 September 2013, dan pada 17 Februari 2014 - oleh itu, Anwar tidak bersalah!
Hujah yang bodoh yang terlalu mudah.
Sebagai peringatan, Anwar Ibrahim pertama kali didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 dan kemudian disahkan semula oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.
Cubaan Anwar akan gagal lagi kerana beliau perlu membuktikan:
1. Sama ada Shafee juga telah dibayar sebelum keputusan akhir Mahkamah Persekutuan pada 2015 kerana beliau telah mendakwa bahawa bayaran telah dibuat kepada Shafee pada 2013 dan 2014.
2. Bahawa jumlah yang dibayar Najib berkaitan dengan perbicaraan liwat dan bahawa Shafee, yang terkenal sebagai peguam "UMNO" tidak melakukan sebarang kerja lain untuk Najib atau UMNO dalam keseluruhan tempoh dua tahun yang akan memerlukan bayaran kerana perkhidmatannya.
3. Bahawa wang yang dibayar Shafee telah mempengaruhi keputusan 3 hakim di Mahkamah Rayuan dan 5 hakim di Mahkamah Persekutuan, yang semuanya memberi keputusan sebulat suara bahawa Anwar bersalah.
Shafee adalah pendakwa dan bukannya hakim. Peranan pendakwa adalah untuk berhujah kes beliau untuk mendapatkan keputusan bersalah. Hakim-hakim yang memerintah dan memberikan keputusan itu - bukannya pendakwa.
4. Mengapa beliau meninggalkan spermanya di merata tempat sehinggakan ia berada dalam milikan polis, kenapa beliau tidak memanggil 13 saksi termasuk isterinya seperti yang dirancang pada asalnya.
Saya juga ingin Anwar menjawab mengapa beliau tidak berani bersumpah al-Quran di masjid bahawa beliau tidak bersalah
Selain itu, saya juga mahu Anwar mendedahkan berapa banyak telah beliau bayar kepada 12 peguam beliau untuk kedua-dua kes Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Bagi saya, ini merupakan satu lagi cubaan terdesak Anwar untuk cuba menggunakan sebarang sebab untuk cuba melepaskan diri sambil cuba untuk mewujudkan satu impresi bahawa sistem mahkamah kita adalah tidak adil dan dibeli oleh Najib.
Orang yang terdesak pada masa-masa yang terdesak melakukan perkara-perkara yang terdesak berdasarkan sebab yang paling lemah.
Link asal artikel:
http://ift.tt/2dMkHMa
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rSa2qG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Usaha terkini Anwar untuk menyelamatkan dirinya
Sekianlah artikel Usaha terkini Anwar untuk menyelamatkan dirinya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Usaha terkini Anwar untuk menyelamatkan dirinya dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/usaha-terkini-anwar-untuk-menyelamatkan.html