Video Wanita Dirempuh Teksi Tiada Siapa Yang Peduli, Akhirnya Meninggal Dunia Setelah Dilanggar Kali Kedua

Video Wanita Dirempuh Teksi Tiada Siapa Yang Peduli, Akhirnya Meninggal Dunia Setelah Dilanggar Kali Kedua - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Video Wanita Dirempuh Teksi Tiada Siapa Yang Peduli, Akhirnya Meninggal Dunia Setelah Dilanggar Kali Kedua, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video Wanita Dirempuh Teksi Tiada Siapa Yang Peduli, Akhirnya Meninggal Dunia Setelah Dilanggar Kali Kedua
link : Video Wanita Dirempuh Teksi Tiada Siapa Yang Peduli, Akhirnya Meninggal Dunia Setelah Dilanggar Kali Kedua

Baca juga


Video Wanita Dirempuh Teksi Tiada Siapa Yang Peduli, Akhirnya Meninggal Dunia Setelah Dilanggar Kali Kedua

Walaupun rebah ke atas jalan raya selepas dilanggar sebuah teksi, tiada seorang pun yang datang untuk membantu mangsa malah dibiarkan terlentang di atas jalan sedemikian rupa.

Itulah yang berlaku dan telah menimpa seorang wanita dalam kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di Henan yang dikatakan terjadi pada April yang lalu. Lebih malang lagi apabila wanita terbabit didapati meninggal dunia selepas dilanggar untuk kali kedua oleh sebuah kenderaan SUV yang datang dari arah yang sama tidak menyedari akan mangsa terbaring di atas jalan.

Menurut laman Daily Mail, rakaman video kemalangan berkenaan jadi tular di media sosial setelah seorang pengguna Weibo, Yuan Qicong yang memuat naik ke laman sosial serta mendapat perhatian netizen yang rata-rata diantara mereka telah mengecam tindakan orang ramai yang berada di tempat kejadian kerana tidak ingin membantu mangsa.





Rakaman kejadian itu menunjukkan mangsa cuba untuk melintasi jalan tersebut, namun masih ada kenderaan tidak berhenti untuk memberikannya laluan. Mangsa kelihatan berhenti di tengah jalan raya yang sibuk itu sebelum dilanggar sebuah teksi.

Ketika kemalangan itu berlaku, kelihatan lima orang awam yang berada berhampiran dengan lokasi wanita terbabit dilanggar, namun masing-masing hanya mampu melihat tanpa memberikan sebarang pertolongan. Tindakan mereka itu seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Beberapa minit kemudian, lebih daripada 20 orang pejalan kaki yang kelihatan melintas jalan berkenaan tetapi tiada seorang pun yang menghulurkan bantuan termasuk kenderaan yang lalu lalang.

Melalui rakaman tersebut, wanita itu kelihatan cuba mengangkat kepalanya selepas dilanggar  untuk kali pertama, namun dia seperti sukar untuk bangun berdiri selain mengangkat kepalanya itu.

Lebih malang lagi, ketika dia sedang terbaring di atas jalan, sebuah lagi kenderaan yang dipercayai SUV datang menggilisnya dan pemandu kenderaan itu keluar untuk melihat mangsa.


Menurut pihak polis, mangsa dikenali sebagai Ma dan kemalangan itu disahkan berlaku pada 21 April lalu, manakala kedua pemandu kereta yang melanggar mangsa bakal menghadapi dakwaan di atas kematian mangsa akibat dilanggar kenderaan mereka. - Koleksi Viral


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2scwmy9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Video Wanita Dirempuh Teksi Tiada Siapa Yang Peduli, Akhirnya Meninggal Dunia Setelah Dilanggar Kali Kedua

Sekianlah artikel Video Wanita Dirempuh Teksi Tiada Siapa Yang Peduli, Akhirnya Meninggal Dunia Setelah Dilanggar Kali Kedua kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Video Wanita Dirempuh Teksi Tiada Siapa Yang Peduli, Akhirnya Meninggal Dunia Setelah Dilanggar Kali Kedua dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/video-wanita-dirempuh-teksi-tiada-siapa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :