Judul : Wajah Cantik 'Miss World', Sumandak Cantik Keningau Viral
link : Wajah Cantik 'Miss World', Sumandak Cantik Keningau Viral
Wajah Cantik 'Miss World', Sumandak Cantik Keningau Viral
Tracie Sinidol, 16, bukan sahaja menjadi tumpuan di laman sosial malah sudah mula 'dilamar' oleh beberapa syarikat produksi yang memberi tawaran untuk menjadi model.
Tracie menjadi perhatian kerana paras rupa jelita mirip selebriti terkenal seperti Mira Filzah, Diana Daniele serta model China, Angela Baby.
Tracie bagaimanapun mengakui terkejut apabila beberapa keping gambarnya yang dimuat naik oleh satu halaman kumpulan laman sosial menerima ribuan perkongsian dan viral di seluruh negara.
Tracie yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau berkata, dia menyedari perkara itu selepas dimaklumkan oleh rakannya Khamis minggu lalu.
"Sebelum ini tidak ada sesiapa yang mengaitkan wajah saya dengan mana-mana artis sehinggalah gambar saya menjadi viral dan dikatakan mirip Mira Filzah.
“Rasa bangga itu memang ada kerana dianugerahkan paras rupa yang sempurna namun saya tidak boleh meninggi diri kerana saya juga manusia sama seperti orang lain yang mempunyai kelebihan masing-masing," kata anak kelima daripada sembilan beradik itu.
Menurut Tracie, dia masih dalam proses mempertimbangkan tawaran untuk menjadi model kerana belum bersedia serta mahu menumpukan sepenuhnya pada pelajaran.
Katanya, banyak cabaran yang perlu ditempuhi apabila menceburi bidang peragaan dan khuatir tidak dapat membahagikan masa dengan pelajaran.
"Belum sempat saya terima tawaran model atau berlakon, sudah ada beberapa pihak yang mewujudkan akaun laman sosial palsu dengan menggunakan identiti serta gambar saya.
"Biarpun akaun palsu itu menerima lebih 13,000 pengikut, saya rasa kecewa kerana itu bukan diri saya sebenar dan khuatir maklumat yang disampaikan akan mengancam saya," katanya.
Menurut anak pasangan Sinidol Stimin dan Veronica Tajin itu, fenomena gambarnya menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen, menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Kredit gambar #AnniePetrus2017
BACA INI JUGA: Sumandak Sabah 'Phan' Mirip Selena Gomez Dilamar Jadi Heroin!
sumber: hmetro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r2IWeU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Wajah Cantik 'Miss World', Sumandak Cantik Keningau Viral
Anda sekarang membaca artikel Wajah Cantik 'Miss World', Sumandak Cantik Keningau Viral dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/wajah-cantik-miss-world-sumandak-cantik.html