Zakaria luah perasan di laman Twitter

Zakaria luah perasan di laman Twitter - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zakaria luah perasan di laman Twitter, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zakaria luah perasan di laman Twitter
link : Zakaria luah perasan di laman Twitter

Baca juga


Zakaria luah perasan di laman Twitter


KUALA LUMPUR - Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad, yang diarahkan bercuti menyifatkan peristiwa yang berlaku sekarang sebagai tidak pernah berlaku dalam sejarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat itu.  

"Berita hari ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Felda dan FGV. Kebenaran akan menjelma akhirnya.

"Kepada rakan sekerja FGV dan warga Felda, Saya mohon maaf kerana terpaksa meninggalkan pejabat secara tiba-tiba, saya tidak berkesempatan bertemu anda semua," katanya dalam catatan beliau di laman Twitter.  

Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 April tahun lepas.

FGV telah memaklumkan kepada Bursa Malaysia yang Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya,  Delima Oil Products Sdn Bhd.

Selain daripada Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd  Kamarzaman Karim, dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar juga diminta  bercuti.

Semasa dihubungi stesen televisyen tempatan dalam segmen temu bual sebelumnya,  Zakaria berkata beliau  bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urus niaga yang melibatkan unit FGV, Delima Oil Products.

"Malahan, semasa ditanya sebelum ini, saya meminta SPRM supaya datang ke  FGV dan menyiasat keseluruhan FGV, termasuk kes ini (Delima Oil) bagi membolehkan kami bagi menghapuskan segala keraguan," katanya.

Zakaria juga berkata beliau ada menjangkakan kemungkinan lembaga meminta beliau bercuti, tetapi tidak menjangka sampai seperti ini kerana ia adalah isu kecil.  

"Saya perlu mendepani perkara ini dengan terbuka dan mempertahankan diri saya sendiri," katanya. – Bernama




Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Zakaria luah perasan di laman Twitter

Sekianlah artikel Zakaria luah perasan di laman Twitter kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zakaria luah perasan di laman Twitter dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/zakaria-luah-perasan-di-laman-twitter_7.html

Subscribe to receive free email updates: