Apakah peristiwa Memali?

Apakah peristiwa Memali? - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apakah peristiwa Memali?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apakah peristiwa Memali?
link : Apakah peristiwa Memali?

Baca juga


Apakah peristiwa Memali?



Memali
 

MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui apakah tragedi Memali yang pernah menggemparkan negara sebelum ini, apatah lagi, ia kini turut menjadi punca kekecohan di sebuah forum melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Forum Nothing to Hide 2.0 kecoh apabila adegan membaling kerusi, suar dan botol air di dewan ketika Mahathir menjawab soalan peserta di dalam program tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adegan baling kerusi, suar cemar Nothing To Hide 2.0]

Kekecohan tercetus ketika seorang peserta mengajukan soalan kepada Mahathir mengenai peristiwa Memali yang berlaku ketika zaman pemerintahannya beliau.

Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan Mahathir membuatkan ada peserta yang bertindak sedemikian rupa sehingga program terpaksa ditamatkan awal.

Mahathir sebelum ini juga memperjelaskan isu tersebut di dalam blognya mempertahankan tindakan pihak polis ketika itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Peristiwa Memali: Penjelasan Tun Dr Mahathir]

Tragedi itu berlaku tanggal 19 November 1985 di sebuah kampung bernama Memali di Baling, Kedah dan telah mengorbankan 18 orang termasuklah empat anggota polis semasa pertempuran antara kedua-dua pihak berlaku, berpuluh yang lain cedera dan ratusan orang khususnya penduduk kampung ditahan.

Punca pertempuran didakwa berpunca daripada tindakan polis mahu menahan seorang penceramah bebas, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya dalam satu operasi yang digelar Operasi Angkara kerana dituduh mengancam keselamatan negara.

Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Tun Musa Hitam didakwa bertanggungjawab terhadap operasi tersebut.

Keengganan penduduk kampung menyerahkan Ibrahim Libya, menyebabkan satu pertembungan antara kedua-dua pihak sebelum penceramah itu ditembak mati.

Kesemua mereka yang meninggal dunia dikebumikan dalam satu liang lahad serta dikendalikan sebagai orang yang syahid.

Tragedi itu kekal menjadi titik hitam dalam sejarah negara.

Sementara itu, Musa Hitam dalam sebuah rancangan bual bicara, Obviously Harith Iskander (OHI) menafikannya.

Beliau berkata penat menanggung beban sejarah menjadi kambing hitam dalam peristiwa tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Musa Hitam sudah letih jadi kambing hitam Memali]

Katanya, beliau dipersalahkan dan dijadikan individu yang bertanggungjawab ke atas peristiwa berdarah berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan, tragedi malang itu menjadi titik tolak kepada parti Islam itu untuk konsisten tidak akan menyertai parti pemerintah kerana kes itu tidak diadili di mahkamah, malah keluarga mangsa tidak mendapat pembelaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas kekal jadi pembangkang kerana Peristiwa Memali]



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Apakah peristiwa Memali?

Sekianlah artikel Apakah peristiwa Memali? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apakah peristiwa Memali? dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/08/apakah-peristiwa-memali.html

Subscribe to receive free email updates: