Judul : Awang Adek ikrar galas peranan Pengerusi MARA sebaik mungkin
link : Awang Adek ikrar galas peranan Pengerusi MARA sebaik mungkin
Awang Adek ikrar galas peranan Pengerusi MARA sebaik mungkin
ANTARAPOS.COMKOTA BHARU: Menyedari Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai institusi yang amat dekat dengan Bumiputera, Pengerusinya Datuk Dr. Awang Adek Hussin menyatakan akan menggalas tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin.
Awang Adek juga terharu di aras pelantikannya itu, sebagaimana dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada hari ini.
Awang Adek dilantik menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang tidak mahu menyambung khidmatnya sebagai Pengerusi MARA untuk memberi sepenuh tumpuan kepada parti.
“Saya terharu kerana diberi kepercayaan dan penghormatan ini, terima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
“Tugas ini berat, lebih-lebih lagi Mara merupakan satu institusi yang amat bermakna kepada orang Melayu dan bumiputera di negara ini. Insya Allah saya akan buat yang terbaik,” katanya memetik Utusan Malaysia.
Pelantikan itu yang akan berkuatkuasa 1 September depan diumumkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Awang Adek merupakan bekas Timbalan Menteri Kewangan dan pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat bermula 2014 hingga 2016.
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Awang Adek ikrar galas peranan Pengerusi MARA sebaik mungkin
Sekianlah artikel Awang Adek ikrar galas peranan Pengerusi MARA sebaik mungkin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Awang Adek ikrar galas peranan Pengerusi MARA sebaik mungkin dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/08/awang-adek-ikrar-galas-peranan.html