DAPSY kecam polis tak jaga keselamatan ketika Nothing To Hide 2.0

DAPSY kecam polis tak jaga keselamatan ketika Nothing To Hide 2.0 - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAPSY kecam polis tak jaga keselamatan ketika Nothing To Hide 2.0, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAPSY kecam polis tak jaga keselamatan ketika Nothing To Hide 2.0
link : DAPSY kecam polis tak jaga keselamatan ketika Nothing To Hide 2.0

Baca juga


DAPSY kecam polis tak jaga keselamatan ketika Nothing To Hide 2.0

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sayap pemuda DAP, DAPSY terus menyalahkan pihak polis atas kekecohan yang berlaku di forum 'Nothing To Hide 2.0', meskipun polis menjelaskan ia tidak dijemput ke forum yang berlangsung Ahad lalu.
 
Ketua DAPSY Kebangsaan, Wong Kah Woh berkata demikian selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan pihaknya tidak dijemput untuk mengawal keselamatan.
 
Khalid, menerusi sidang medianya hari ini memberitahu anggotanya hanya berkawal di luar Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam ketika forum berlangsung.
 
"Adalah jelas apabila mana-mana parti politik sama ada daripada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) yang mengadakan program, menjadi tanggungjawab polis untuk menjaga keselamatan dan memastikan keseluruhan program berjalan dengan lancar.
 
"Mereka yang membuat kecoh merupakan pihak yang patut bertanggungjawab. Jangan tuding jari dan cuba mengelak perhatian kepada penganjur sedangkan tidak ada mana-mana penganjur inginkan perkara ini terjadi," katanya di sidang media DAPSY di ibu pejabat DAP, tengah hari tadi.
 
Khalid dalam sidang medianya di Bukit Aman pagi tadi turut menambah, penganjur forum 'Nothing To Hide 2.0' akan dikenakan tindakan ekoran gagal mematuhi peruntukan di bahawa Akta Perhimpunan Awam (APA) 2012.
 
Ujar Khalid, penganjur forum iaitu Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak boleh lepas tangan dengan menyalahkan pihak lain atas insiden kekecohan yang berlaku pada petang Ahad itu.
 
Ahad lalu, program Nothing To Hide 2.0 dicemari dengan insiden balingan mercun suar dan kerusi yang dituju kepada Pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang, sewaktu Dr Mahathir sedang menjawab soalan daripada penonton berkenaan tragedi Memali yang berlaku di Baling, Kedah pada tahun 1985.
 
Sementara itu Ahli Jawatankuasa DAPSY, Dyana Sofya Mohd Daud menafikan kekecohan itu terjadi ekoran sikap dan penjelasan Dr Mahathir yang tidak 'menepati' jawapan yang dikehendaki peserta forum. 
 
"Peserta yang membawa suar ke dalam dewan sebenarnya sudah menunjukkan niat mereka hendak membuat kacau. Apa sahaja jawapan yang diberikan pun mereka memang berniat hendak buat begitu," katanya.
 
Semalam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang beranggapan kekecohan di forum 'Nothing To Hide 2.0' tercetus kerana penjelasan bekas perdana menteri itu tidak memuaskan hati hadirin.
 
Beliau kemudiannya berterima kasih kepada pihak yang bertanyakan tragedi itu secara terbuka dan menyifatkan Dr Mahathir tidak perlu marah.
 
 


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel DAPSY kecam polis tak jaga keselamatan ketika Nothing To Hide 2.0

Sekianlah artikel DAPSY kecam polis tak jaga keselamatan ketika Nothing To Hide 2.0 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAPSY kecam polis tak jaga keselamatan ketika Nothing To Hide 2.0 dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/08/dapsy-kecam-polis-tak-jaga-keselamatan.html

Subscribe to receive free email updates: