Jawapan tidak memuaskan punca kecoh, kata Abdul Hadi

Jawapan tidak memuaskan punca kecoh, kata Abdul Hadi - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jawapan tidak memuaskan punca kecoh, kata Abdul Hadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jawapan tidak memuaskan punca kecoh, kata Abdul Hadi
link : Jawapan tidak memuaskan punca kecoh, kata Abdul Hadi

Baca juga


Jawapan tidak memuaskan punca kecoh, kata Abdul Hadi

BERNAMA

Abdul Hadi Awang


Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata jawapan yang tidak memuaskan berkaitan peristiwa Memali oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan punca utama berlakunya kekecohan semasa majlis Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam pada Ahad.

Majlis anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu kecoh apabila ada individu yang membaling selipar, botol air, kasut dan menyalakan suar ke arah Dr Mahathir, ketika Pengerusi PPBM itu menjawab soalan hadirin mengenai peristiwa Memali, Baling Kedah.

"Semua pihak menunding jari menyalahkan pihak lain dengan melupai punca asas tercetusnya kekecohan apabila jawapan yang tidak memuaskan hati terhadap peristiwa Memali, katanya dalam kenyataan hari ini.

Kekecohan tercetus kira-kira 5.10 petang Ahad apabila peserta mula membaling selipar dan sebagainya sehingga keadaan panik berlaku dan peserta terpaksa berlari keluar dari Dewan Raja Muda Musa, itu untuk menyelamatkan diri.

Beberapa individu cedera ringan akibat terjatuh ketika menyelamatkan diri selain berlaku kejadian bertumbuk sesama sendiri.

Abdul Hadi merujuk kepada peristiwa Memali pada 19 Nov 1985 yang menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

Beliau berkata dalam kejadian itu Pas telah dipersalahkan walaupun sebenarnya menjadi 'mangsa' sehingga Ibrahim dan rakan-rakannya terkorban.

"Terima kasih diucapkan kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali. Kepada yang tidak mampu menjawab, sepatutnya tidak marah dan orang lain tidak membuat kekecohan," katanya.

Beliau berkata dalam perjuangannya,Pas menggunakan pendekatan berdakwah dan bukan menghukum kafir-mengkafir kerana kejahilan umat Islam terhadap agama itu.

Hari ini dapat diwujudkan kerjasama Pas dan Umno dalam perkara Islam. Malangnya ada pihak yang marahkan pendekatan ini, katanya.



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Jawapan tidak memuaskan punca kecoh, kata Abdul Hadi

Sekianlah artikel Jawapan tidak memuaskan punca kecoh, kata Abdul Hadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jawapan tidak memuaskan punca kecoh, kata Abdul Hadi dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/08/jawapan-tidak-memuaskan-punca-kecoh.html

Subscribe to receive free email updates: