KPN: Penganjur Nothing To Hide 2.0 akan dikenakan tindakan

KPN: Penganjur Nothing To Hide 2.0 akan dikenakan tindakan - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPN: Penganjur Nothing To Hide 2.0 akan dikenakan tindakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPN: Penganjur Nothing To Hide 2.0 akan dikenakan tindakan
link : KPN: Penganjur Nothing To Hide 2.0 akan dikenakan tindakan

Baca juga


KPN: Penganjur Nothing To Hide 2.0 akan dikenakan tindakan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata penganjur program Nothing To Hide 2.0 akan dikenakan tindakan ekoran gagal mematuhi peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
 
Bercakap kepada pemberita hari ini, tambah Khalid, penganjur tidak boleh lepas tangan dengan menyalahkan pihak lain atas insiden kekecohan yang berlaku sewaktu program itu berlangsung Ahad lalu.
 
"Mereka mahu salahkan parti politik lain itu kita tidak mahu masuk campur, namun apabila mereka menyalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu tidak masuk akal.
 
"Peguam mereka yang bijak pandai ramai, bacalah semula semua 10 syarat di bawah Seksyen 25 APA 2012, sekarang sudah jadi masalah seperti ini, mereka jangan mereka boleh terlepas," katanya dalam sidang akhbar di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman di sini hari ini.
 
Ahad lalu, program Nothing To Hide 2.0 anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dicemari dengan insiden balingan mercun suar dan kerusi yang dituju kepada Pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang, sewaktu Dr Mahathir sedang menjawab soalan daripada penonton berkenaan tragedi Memali yang berlaku di Baling, Kedah pada tahun 1985.
 
Tiga remaja berusia 17 hingga 19 tahun ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis sejurus kekecohan tercetus.
 
Khalid dalam pada itu turut mengesahkan tangkapan berhubung kekecohan berkenaan setakat ini adalah 13 orang. 




Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel KPN: Penganjur Nothing To Hide 2.0 akan dikenakan tindakan

Sekianlah artikel KPN: Penganjur Nothing To Hide 2.0 akan dikenakan tindakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPN: Penganjur Nothing To Hide 2.0 akan dikenakan tindakan dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/08/kpn-penganjur-nothing-to-hide-20-akan.html

Subscribe to receive free email updates: