Mahkamah: Penjara 20 Tahun Kes Lelaki Rakam Aksi Rogol Anak Tiri Kekal

Mahkamah: Penjara 20 Tahun Kes Lelaki Rakam Aksi Rogol Anak Tiri Kekal - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah: Penjara 20 Tahun Kes Lelaki Rakam Aksi Rogol Anak Tiri Kekal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah: Penjara 20 Tahun Kes Lelaki Rakam Aksi Rogol Anak Tiri Kekal
link : Mahkamah: Penjara 20 Tahun Kes Lelaki Rakam Aksi Rogol Anak Tiri Kekal

Baca juga


Mahkamah: Penjara 20 Tahun Kes Lelaki Rakam Aksi Rogol Anak Tiri Kekal

PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang merakamkan perbuatan merogol anak perempuan tirinya berumur 14 tahun dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun, selain disebat 15 kali kerana merogol gadis itu.
Menyifatkan perbuatan bapa tiri mangsa berusia 33 tahun itu amat kejam, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata, hukuman penjara 20 tahun dan 15 sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Johor itu setimpal perbuatan lelaki terbabit.
“Kesalahan ini sangat serius. Jenayah ini sangat kejam dan cara ia dilakukan terhadap anak perempuan tirinya apabila dia membuat rakaman video perilaku mengadakan hubungan seksual itu.
“Ia menjatuhkan maruah. Tergamak dia buat begitu,” kata Zulkefli yang mempengerusikan panel 3 hakim bersama Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ahmadi Asnawi dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Yeoh Wee Siam.
Zulkefli berkata, tiada alasan bagi Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan lelaki itu supaya tempoh hukuman penjaranya dikurangkan.
Berdasarkan fakta kes, lelaki itu pada 19 Ogos 2016 membawa anak perempuan tirinya ke sebuah rumah di Kulai, Johor untuk membantunya menjalankan kerja pembaikan di rumah kosong.
Dia mengugut akan mencederakan ibu bapa kandung gadis berkenaan, sekiranya mangsa tidak memenuhi keinginannya untuk mengadakan hubungan seksual.
Gadis itu yang ketakutan, bersetuju memenuhi keinginannya.
Peguam, Tina Ong yang mewakili lelaki itu berkata, hukuman penjara anak guamnya perlu diringankan kerana dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan rogol itu di Mahkamah Sesyen.
Lelaki itu gagal dalam kesnya di Mahkamah Tinggi Johor untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara, lalu membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.
Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron berkata, pengakuan bersalah terhadap tuduhan itu bukan bermakna lelaki itu berhak mendapat pengurangan tempoh penjara.
Beliau berkata, gadis itu trauma 4 tahun kerana dirogol bapa tirinya sejak 11 tahun.
Menurut fakta kes, gadis itu tidak memberitahu sesiapa perkara itu kerana bimbang keselamatan ibu bapanya. Dia mengambil keputusan membuat laporan polis selepas tidak dapat bersabar lagi atas perbuatan lelaki itu. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Mahkamah: Penjara 20 Tahun Kes Lelaki Rakam Aksi Rogol Anak Tiri Kekal

Sekianlah artikel Mahkamah: Penjara 20 Tahun Kes Lelaki Rakam Aksi Rogol Anak Tiri Kekal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah: Penjara 20 Tahun Kes Lelaki Rakam Aksi Rogol Anak Tiri Kekal dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/08/mahkamah-penjara-20-tahun-kes-lelaki.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :