Negeri lain contohi Selangor urus loji rawatan air

Negeri lain contohi Selangor urus loji rawatan air - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Negeri lain contohi Selangor urus loji rawatan air, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Negeri lain contohi Selangor urus loji rawatan air
link : Negeri lain contohi Selangor urus loji rawatan air

Baca juga


Negeri lain contohi Selangor urus loji rawatan air

OLEH ERMIZI MUHAMAD

LRA Labohan Dagang


KUALA LANGAT: Selangor menjadi contoh terbaik dalam menguruskan sistem loji rawatan air negeri dengan memperkenalkan inisiatif Off River Storage sebagai kaedah menangani pencemaran air tadahan di loji rawatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (JPK-SAS), Ng Sze Han berkata, beberapa negeri di peringkat Persekutuan mula mengaplikasikan kaedah sama sebagaimana dilaksanakan di negeri ini.

“Saya dimaklumkan negeri lain telah menghubungi konsultan dilantik Kerajaan Selangor untuk laksanakan kaedah ini bagi projek loji rawatan air negeri mereka.

“Ini membuktikan bahawa Selangor menjadi sebuah negeri Smart Selangor seiring gagasan Smart State dengan mendahului negeri-negeri lain,” katanya.

LRA Labohan Dagang

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mengadakan tinjauan ke tapak lokasi pembangunan Loji Rawatan Labohan Dagang, di sini pagi ini.

Hadir sama, Panel Jawatankuasa JPK-SAS dianggotai Ahli Dewan Negeri Bukit Gasing, Rajiv Risyakaran; Ahli Dewan Negeri Ijok, Dr Idris Ahmad dan Ahli Dewan Negeri Morib, Hasnul Baharuddin.

Kaedah Off River Storage (ORS) sebelum ini dibangunkan bagi menghubungkan aliran air dari Sungai Langat ke Kolam Pra-Rawatan.

LRA Pelabohan Dagang

Sze Han berkata, pendekatan itu juga tidak memerlukan operasi loji rawatan ditutup sekiranya berlaku pencemaran di aliran Sungai Langat dengan bekalan air sedia ada dapat menampung kapasiti air untuk tempoh tiga bulan.

“Saya yakin pembangunan projek ini dapat mengatasi masalah kekurangan air terawat khususnya di kawasan Selatan Selangor.

“Jika projek ini siap, loji ini akan menampung seluruh kawasan Kuala Langat dan Semenyih tidak lagi tertumpu di kawasan ini sebaliknya fokus kepada kawasan lain seperti Bangi dan Puchong,” katanya.=EZY=



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Negeri lain contohi Selangor urus loji rawatan air

Sekianlah artikel Negeri lain contohi Selangor urus loji rawatan air kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Negeri lain contohi Selangor urus loji rawatan air dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/08/negeri-lain-contohi-selangor-urus-loji.html

Subscribe to receive free email updates: