Tentukan kerusi sendiri dahulu sebelum cakap tentang PAS - Pemuda PAS K'tan

Tentukan kerusi sendiri dahulu sebelum cakap tentang PAS - Pemuda PAS K'tan - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tentukan kerusi sendiri dahulu sebelum cakap tentang PAS - Pemuda PAS K'tan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tentukan kerusi sendiri dahulu sebelum cakap tentang PAS - Pemuda PAS K'tan
link : Tentukan kerusi sendiri dahulu sebelum cakap tentang PAS - Pemuda PAS K'tan

Baca juga


Tentukan kerusi sendiri dahulu sebelum cakap tentang PAS - Pemuda PAS K'tan

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pemuda PAS Kelantan meminta Presiden Amanah, Mohamad Sabu menentukan kerusi yang akan ditandingi partinya dalam PRU14 terlebih dahulu sebelum mendakwa parti lamanya akan kehilangan sokongan.
 
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata demikian menyanggah dakwaan Mohamad, atau dikenali Mat Sabu bahawa ada ahli-ahli PAS yang tidak akan menyokong parti itu, sebaliknya akan memberi undi kepada parti pembangkang yang lain.
 
"Beliau (Mat Sabu) jaga parti sendiri terlebih dahulu dan pastikan ada kerusi untuk dipertandingkan dalam pilihan raya akan datang.
 
"Bimbang nanti mereka tak diberikan sebarang kerusi hasil dari rundingan bersama parti-parti besar dalam pembangkang," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Mat Sabu pada hari ini mendakwa PAS akan hilang undi di kalangan ahli-ahlinya apabila mereka beralih sokongan kepada parti pembangkang yang lain.
 
Bekas naib presiden PAS itu juga berkata parti yang dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu semakin tidak tentu arah, selepas menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Umno BN dalam isu-isu rakyat.
 
Fadhli dalam pada itu menyifatkan kenyataan Mat Sabu tidak memberi kesan kepada ahli-ahli, termasuk kepimpinan PAS di Kelantan.
 
"Kami tidak melihat kenyataan itu sebagai ancaman, apatah lagi ia dikeluarkan oleh orang yang ditolak oleh ahli-ahli PAS dalam pemilihan. 
 
"Sangat tidak munasabah untuk beliau beri pandangan bagi pihak PAS," ujarnya.
 
 


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Tentukan kerusi sendiri dahulu sebelum cakap tentang PAS - Pemuda PAS K'tan

Sekianlah artikel Tentukan kerusi sendiri dahulu sebelum cakap tentang PAS - Pemuda PAS K'tan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tentukan kerusi sendiri dahulu sebelum cakap tentang PAS - Pemuda PAS K'tan dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/08/tentukan-kerusi-sendiri-dahulu-sebelum.html

Subscribe to receive free email updates: