Tulisan Terbaru Tun M: Tak Tahu Malu

Tulisan Terbaru Tun M: Tak Tahu Malu - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tulisan Terbaru Tun M: Tak Tahu Malu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tulisan Terbaru Tun M: Tak Tahu Malu
link : Tulisan Terbaru Tun M: Tak Tahu Malu

Baca juga


Tulisan Terbaru Tun M: Tak Tahu Malu

8 OGOS 2017
TAK MALU
1- Perasaan malu sudah tidak ada lagi di kalangan ramai anggota kerajaan hari ini. Mereka tak tahu malu walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh mereka, walau apa pun kebiadaban mereka.
2- Mereka didapati mencuri tetapi mereka tidak sedikit pun berasa malu. Didakwa mencuri, dibukti mencuri – tak mengapa.
3- Dunia panggil mereka pencuri, perasuah, penyangak – tak apa. Senyum sahaja.
4- Kerana perbuatan mereka, negara dihina, dinyatakan sebagai antara sepuluh buah negara yang tertinggi tahap rasuahnya – pun tak mengapa.
5- Negara dipanggil kleptokrasi, negara yang dipimpin oleh pencuri yang mencuri duit kerajaan – negara yang tidak lagi demokratik – tak mengapa.
6- Perdana Menteri, isteri, anak, kawan, didakwa selewengkan duit negara – okay.
7- Menteri, pegawai tinggi dituduh mencuri duit – tak apa. Tak ada sedikit pun malu walaupun tak dapat bertindak dengan saman malu ke atas yang menuduh. Ugut untuk ambil tindakan undang-undang tetapi tidak buat apa-apa, tak malu.
8- Ada pegawai yang naik pangkat atau dapat jawatan walaupun tidak layak, tidak mengikut aturan peraturan, bercanggah dengan undang-undang – tak malu.
9- Menerima duit yang dicuri, apa salahnya? Terima kasih. Cium tangan pemberi durian runtuh.
10- Diketahui mendapat pangkat atau jawatan kerana cekap membodek, sanggup melaksanakan arahan yang salah oleh boss, pun tak malu.
11- Maruah sudah tidak dijunjung lagi. Biarlah dihina, biarlah dipandang rendah, asalkan dapat duit, dapat tempat, dapat pangkat. Pedulikan maruah.
12-Masyarakat pandang jijik, menyampah – pedulikan. Sesungguhnya kerana mereka ini, bangsa menjadi bangsat di negara sendiri. Tak lama lagi bangsa bangsat ini kehilangan negara, menjadi penumpang di negara sendiri, anak cucu jadi kuli.
13- Ini pun tak mengapa kerana yang tak tahu malu tidak akan berasa malu menjadi pengemis, kuli di negara sendiri.


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Tulisan Terbaru Tun M: Tak Tahu Malu

Sekianlah artikel Tulisan Terbaru Tun M: Tak Tahu Malu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tulisan Terbaru Tun M: Tak Tahu Malu dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/08/tulisan-terbaru-tun-m-tak-tahu-malu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :