Tun M jangan mudah lupa – Waris Memali

Tun M jangan mudah lupa – Waris Memali - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun M jangan mudah lupa – Waris Memali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun M jangan mudah lupa – Waris Memali
link : Tun M jangan mudah lupa – Waris Memali

Baca juga


Tun M jangan mudah lupa – Waris Memali

Mohd Haizal Yatiran
 
 





KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Pemuda Pas Selayang, Mohamad Zuhdi Mat Piah mngingatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya jangan mudah lupa isu Memali.

Selain itu, isu pemenjaraan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dulu kau kata Anwar peliwat dan tidak layak memimpin negara, kini kau boleh bersama-mata mainkan rakyat jelata, konon itu cerita lama, walaupun sampai lebam biji mata dan rakyat dibelasah disembur gas pemedih mata.

“Begitu juga peristiwa Memali, Ustaz Ibrahim Libya seorang ahli Pas yang sangat berpengaruh, kata-katanya memikat hati, melawan penyelewengan dan kezaliman, tidak gentar dengan ugutan sang penguasa rejim Tun M ketika itu.

“Seramai 14 orang dibunuh dengan kejam lagi zalim, walaupun bukan kamu (Tun M) yang tembak atau bunuh mereka tetapi ianya berlaku kerana arahan daripada kamu,” katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Tambah Zuhdi, peristiwa yang berlaku di depan matanya berumur setahun ketika itu tetapi sehingga kini dia  tidak akan sesekali menganggap peristiwa hitam tersebut sebagai perkara kecil.

“Ayah saya (Mat Piah Yunus) ditembak dengan peluru M16, tembakan bertubi-tubi sehingga 14 biji peluru hinggap di badannya, jarinya putus, tangannya patah, dadanya tembus ke belakang, beliau dipijak, diherdik kerana tidak ‘mampus’.

“Ayah hanya tersenyum menunggu syahid yang beliau idam-idamkan, tetapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya, beliau tidak mati, beliau diseret dan dihumban dalam trak polis.

“Selepas beberapa bulan, ayah dimasukan dalam tahanan ISA, dua tahun akan ditahan. Dalam keadaan mak yang tidak sihat dan saya masih kecil, ayah diperlakukan tanpa perikemanusiaan.”

Ketika forum Nothing To Hide 2.0 diadakan di Shah Alam Ahad lepas, kekecohan mula berlaku apabila Tun Mahathir gagal memberi jawapan yang memuaskan hati peserta program berkenaan.

Kedua-dua soalan tersebut berkenaan status pemenjaraan Anwar Ibrahim sama ada benar-benar sebagai pesalah atau punmangsa kerakusan politik Mahathir, selain soalan berkenaan peristiwa berdarah Memali. -MalaysiaGazette




Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Tun M jangan mudah lupa – Waris Memali

Sekianlah artikel Tun M jangan mudah lupa – Waris Memali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun M jangan mudah lupa – Waris Memali dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/08/tun-m-jangan-mudah-lupa-waris-memali.html

Subscribe to receive free email updates: