Usaha PKR, PPBM rampas Kedah pada PRU14 tidak akan berjaya - Exco Umno

Usaha PKR, PPBM rampas Kedah pada PRU14 tidak akan berjaya - Exco Umno - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Usaha PKR, PPBM rampas Kedah pada PRU14 tidak akan berjaya - Exco Umno, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Usaha PKR, PPBM rampas Kedah pada PRU14 tidak akan berjaya - Exco Umno
link : Usaha PKR, PPBM rampas Kedah pada PRU14 tidak akan berjaya - Exco Umno

Baca juga


Usaha PKR, PPBM rampas Kedah pada PRU14 tidak akan berjaya - Exco Umno

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Exco Kedah, Datuk Noor Sabrina Mohd Noor menempelak usaha pembangkang mahu merampas negeri itu daripada Umno.
 
Mengulas strategi yang sedang disusun PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), beliau menyifatkan usaha itu akan gagal memandangkan dua parti itu tidak punya kata sepakat.
 
"Jika PPBM ada strategi dan calon MB, PKR pun ada strategi dan calon MB.
 
"Nampak sangat mereka tidak sepakat untuk membentuk kerajaan (di Kedah)," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Dua parti pembangkang itu dilaporkan sedang mengatur langkah menawan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, selepas PAS tidak lagi bersama dalam Pakatan Harapan (PH).
 
PAS sebelum ini pernah mentadbir Kedah menerusi Allahyarham Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
 
PKR sebelum ini memberitahu partinya akan bertanding sekurang-kurangnya di 16 kerusi DUN pada PRU14 akan datang.
 
Manakala PPBM, yang diwakili Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula menyatakan minat partinya untuk menawan Kedah.
 
PKR dan PPBM Kedah kini dilaporkan sedang sibuk mengadakan rundingan berkenaan kerusi supaya pertindihan dapat dielakkan.
 
Sabrina yang juga ADUN Bandar Baharu ketika mengulas lanjut berkata sukar untuk rundingan itu berjaya sementelah 'banyak kepala' dalam dua parti itu.
 
"Mereka nampaknya banyak nakhoda dalam satu kapal. Jika hendak menang Kedah, mereka kena ada satu pakatan yang kuat, iaitu antara PPBM, PKR dan lain-lain," katanya.
 
Malah mengulas strategi PKR untuk meletakkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebagai calon menteri besar selepas PRU14, Sabrina mempersoal kredibiliti pemimpin parti berkenaan.
 
"Beliau dahulu orang Umno, sekarang menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani. Kita tak nampak apa yang dibuat (di Sungai Petani). Peruntukan Parlimen pun kita tak tahu apa yang dibuatnya, sumbangan kepada negeri pun tiada sejak dahulu, apa legasinya pun kita tak nampak," katanya.
 
Johari sebelum ini juga dikatakan bakal bertanding di DUN Gurun yang kini disandang oleh Datuk Dr Leong Yong Kong dari Barisan Nasional (BN), malah mengakui usaha parti untuk menjadikan dirinya bagi menerajui Kedah.
 
 


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Usaha PKR, PPBM rampas Kedah pada PRU14 tidak akan berjaya - Exco Umno

Sekianlah artikel Usaha PKR, PPBM rampas Kedah pada PRU14 tidak akan berjaya - Exco Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Usaha PKR, PPBM rampas Kedah pada PRU14 tidak akan berjaya - Exco Umno dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/08/usaha-pkr-ppbm-rampas-kedah-pada-pru14.html

Subscribe to receive free email updates: