Judul : Wan Azizah tidak tolak kebarangkalian bekerjasama dengan Pas
link : Wan Azizah tidak tolak kebarangkalian bekerjasama dengan Pas
Wan Azizah tidak tolak kebarangkalian bekerjasama dengan Pas
MALAYSIA DATELINEPresiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas dalam perkara penentuan kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Memang objektif kita adalah menjatuhkan Barisan Nasional (BN). Kalau ada apa-apa yang boleh membantu kita ke arah itu, kita akan cuba,” katanya seperti dilapor FMT hari ini.
Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu pembahagian kerusi di antara PKR dan PAS pada PRU akan datang bagi mengelak pertandingan 3 penjuru.
Pas bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan yang disertai PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.
Sebaliknya, parti itu mempunyai gabungan sendiri yang dinamakan Gagasan Sejahtera.
Azmin menjelaskan, kunjungan itu hanyalah suatu lawatan dan tiada perbincangan dilakukan.Azmin berkata walaupun Pas bukan sebahagian PH, partinya masih sudi membincangkan pilihan kerusi. Namun Azmin menegaskan sehingga ke hari ini masih tiada perbincangan rasmi dilakukan antara kedua-dua parti.
Menurut Wan Azizah, ruang perbincangan masih terbuka dan terbukti apabila arahan letak jawatan terhadap lantikan politik PKR dalam pentadbiran Kelantan yang dikuasai Pas, diubah setelah perbincangan dilakukan.
“Bila kita berkomunikasi, menteri besar Kelantan sendiri katakan masih perlu untuk kerjasama dengan PKR. Jadi kita okay, kalau mana yang dikekalkan, maka ia diteruskan,” katanya ringkas.
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Wan Azizah tidak tolak kebarangkalian bekerjasama dengan Pas
Sekianlah artikel Wan Azizah tidak tolak kebarangkalian bekerjasama dengan Pas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wan Azizah tidak tolak kebarangkalian bekerjasama dengan Pas dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/08/wan-azizah-tidak-tolak-kebarangkalian.html