Judul : Mat Sabu bertanding di Selangor?
link : Mat Sabu bertanding di Selangor?
Mat Sabu bertanding di Selangor?
Belum dimuktamadkan lagi, tapi nama Mohamad Sabu disebut akan jadi pertaruhan Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk merebut salah satu kerusi di Selangor pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.
Nama bekas 'singa' PAS itu dipetik Pengerusi AMANAH Selangor Izham Hashim semasa menyampaikan ucapan di konvensyen parti itu di Ampang Jaya hari ini.
Katanya, AMANAH Selangor mencadangkan beberapa nama pemimpin utama parti itu untuk bertanding di Selangor bagi menguatkan Pakatan Harapan (HARAPAN) di negeri berkenaan.
"Sukacita saya umumkan hari ini, bahawa AMANAH Selangor akan menurunkan nama-nama besar pimpinan nasional sebagai calon di parlimen dan DUN (dewan undangan negeri) Selangor.
“Dalam erti kata lain, AMANAH Selangor komited menawarkan yang terbaik melalui HARAPAN kepada rakyat Selangor bagi menjamin kesinambungan kerajaan HARAPAN Selangor dan kerajaan baru HARAPAN Putrajaya,” kata Izham.
Selain nama Mohamad, Naib Presiden Hasanuddin Mohd Yunus, Pengarah Komunikasi Khalid Samad, Pengarah Strategi Dr Dzulkefli Ahmad, Ketua Wanita AMANAH (AWAN) Nasional Dr Mariah Mahmud dan Anggota Parlimen Sepang Hanipa Maidin juga disebut.
Selain itu, nama pimpinan AMANAH Selangor seperti Saari Sungib dan Hasnul Haharuddin turut dicadangkan sebagai calon parti itu di negeri tersebut.
Untuk rekod - kecuali Hasanuddin yang sebelum ini aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan - nama yang disebut Izham itu adalah bekas pemimpin PAS sama ada di peringkat negeri atau pusat.
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Mat Sabu bertanding di Selangor?
Sekianlah artikel Mat Sabu bertanding di Selangor? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mat Sabu bertanding di Selangor? dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/09/mat-sabu-bertanding-di-selangor.html