[RAJA KATAK] Tok Him 'kecewa' dikalahkan Mat Taib

[RAJA KATAK] Tok Him 'kecewa' dikalahkan Mat Taib - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [RAJA KATAK] Tok Him 'kecewa' dikalahkan Mat Taib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [RAJA KATAK] Tok Him 'kecewa' dikalahkan Mat Taib
link : [RAJA KATAK] Tok Him 'kecewa' dikalahkan Mat Taib

Baca juga


[RAJA KATAK] Tok Him 'kecewa' dikalahkan Mat Taib


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali 'kesal' apabila keduduakan "raja katak” yang diberikan kepadanya sebelum ini dirampas oleh bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Ibrahim dalam nada berseloroh turut berkata apabila Muhammad bertindak “melompat” parti, langkah itu menyebabkan kedudukannya jatuh di kedudukan pingat perak dalam senarai “lompat parti”.
“Rumusannya, saya agak kecewa sebab gelaran raja katak dah dirampas orang lain.
"Pemegang pingat emas kini adalah Tan Sri Mat Taib, Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Ezam Mohd Nor.
“Saya dan Datuk Saifuddin Nasution pemegang pingat Perak sekarang," katanya sambil ketawa berdekah-dekah ketika ditemui media di Ibu Pejabat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di Kuala Lumpur hari ini.
Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu mengulas kemasukan semula Muhammad ke dalam Umno melalui pengumuman perdana menteri pada 18 September lalu.
Selain menjadi menteri besar, Muhammad ialah bekas naib presiden Umno yang menyertai PAS secara rasmi pada 2013 sebelum berpindah kepada PKR dua tahun kemudian.
Kena jadi presiden juga
Selain Muhammad, Ibrahim mengaitkan amalan "melompat parti" itu Zaid yang juga bekas menteri di JPM dan Ezam (bekas Ketua Pemuda PKR dan pegawai di Kementerian Kewangan).
Untuk 'pingat gangsa' pula, Ibrahim berkata ada ramai penyandangnya termasuk Mohamad Sabu dan pemimpin lain dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).




Perjalanan politik Ibrahim sendiri sebenarnya penuh dengan warna-warni apabila pernah bersama Umno, menyertai Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah, malah memenangi kerusi parlimen Pasir Mas menggunakan tiket PAS.

Beliau kemudian menjadi wakil rakyat bebas di parlimen.
Perubahan itu menyebabkan beliau digelar sebagai “katak” oleh musuh-musuh politiknya.
Sebelum ini Ibrahim mengumumkan akan bertanding sekali lagi di kerusi Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ia kerana, katanya, beliau percaya jika calon bebas menang dia tidak terikat dengan peraturan parti dan bebas bercakap di parlimen untuk mewakili rakyat.

Sementara itu, Ibrahim turut mengakui bahawa terdapat beberapa parti politik yang mempelawanya untuk menyertai mereka.
Namun katanya, beliau tidak berminat menyertai parti-parti tersebut kerana jawatan yang sesuai untuk ditawarkan kepadanya hanyalah sebagai presiden sahaja.
“Saya akui banyak parti politik lamar saya tapi saya susah nak masuk parti sebab semua presiden parti yang ada sekarang ini lebih kurang saya, maknanya saya pun kena jadi presiden juga,” katanya sambil ketawa. - MK



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel [RAJA KATAK] Tok Him 'kecewa' dikalahkan Mat Taib

Sekianlah artikel [RAJA KATAK] Tok Him 'kecewa' dikalahkan Mat Taib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [RAJA KATAK] Tok Him 'kecewa' dikalahkan Mat Taib dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/09/raja-katak-tok-him-kecewa-dikalahkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :