Juruterbang maut, pesawat ringan terhempas

Juruterbang maut, pesawat ringan terhempas - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Juruterbang maut, pesawat ringan terhempas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Juruterbang maut, pesawat ringan terhempas
link : Juruterbang maut, pesawat ringan terhempas

Baca juga


Juruterbang maut, pesawat ringan terhempas

THE MALAYSIAN TIMES
 


JASIN: Seorang juruterbang maut manakala pembantunya cedera apabila pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang mereka naiki terhempas di kawasan Sungai Mati, Muar, Johor pagi kelmarin.

Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Kamaruzaman Mohd Din berkata pesawat satu enjin itu berlepas daripada Aerodrome Sungai Rambai di sini yang terletak kira-kira 200 meter daripada tempat kejadian.

Beliau berkata mayat juruterbang Yee Yoon Fah, 54, dihantar ke Hospital Tangkak manakala pembantunya Mohd Shahrul Shafiri, 35, yang cedera di muka dan badan di hantar ke Hospital Muar.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 11. 53 pagi daripada orang kampung dan sebanyak tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita.

Pesawat itu didapati dalam keadaan terbalik di dalam sungai.

“Mangsa yang cedera ditemui berada di tebing sungai dan pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluar mangsa yang meninggal dunia, dari badan pesawat, ” kata Kamaruzaman.

Sementara itu Pengerusi Aerodrome Sungai Rambai, Datuk Hassan Abd Rahman berkata beliau difahamkan bahawa kejadian berlaku ketika pesawat terbabit sedang melakukan ujian untuk mendapatkan permit penerbangan Jabatan Penerbangan Awam.

“Operasi pusat tersebut (Aerodrome Sungai Rambai) dihentikan segera sehingga siasatan oleh pihak berkuasa selesai,” katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai.– Bernama



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Juruterbang maut, pesawat ringan terhempas

Sekianlah artikel Juruterbang maut, pesawat ringan terhempas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Juruterbang maut, pesawat ringan terhempas dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/10/juruterbang-maut-pesawat-ringan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :