Lelaki hina tugas polis di Facebook ditahan

Lelaki hina tugas polis di Facebook ditahan - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki hina tugas polis di Facebook ditahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki hina tugas polis di Facebook ditahan
link : Lelaki hina tugas polis di Facebook ditahan

Baca juga


Lelaki hina tugas polis di Facebook ditahan

ANTARAPOS

Post Pic


KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang pengawal peribadi yang juga pemilik akaun Facebook yang menghina tugas polis selepas pihak berkuasa itu mendedahkan wajah individu dikehendaki di Facebook rasmi Polis Terengganu, Selasa lalu.

Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di hadapan kawasan tempat letak kereta di sebuah flat di Bandar Damai Perdana, Cheras, di ibu negara jam 6 petang Ahad.

Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail, berkata suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu bersama Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman hasil risikan dan siasatan dijalankan.

Beliau berkata, susulan penahanan suspek, pihaknya turut merampas sepucuk pistol jenis CZ 75P-07 9x19 dan dua kelopak yang setiap satu mengandungi 10 biji peluru serta sebuah telefon bimbit jenis Oppo F1S.

"Suspek tidak puas hati dengan tindakan polis mendedahkan wajah 30 individu dipercayai terbabit dalam pelbagai kes jenayah di media dan laman Facebook Polis Terengganu baru-baru ini.

"Suspek bertindak memuat naik status menghina, mencerca dan memaki polis berikutan tindakan itu. Kita memandang serius perkara ini dan menjalankan usaha mengesan suspek sebelum dia ditahan.

"Kita ingatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen negatif di laman sosial kerana apa yang dilakukan polis bukan sesuatu yang salah, sebaliknya untuk menyelesaikan kes tertangguh," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, suspek akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 505(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.




Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Lelaki hina tugas polis di Facebook ditahan

Sekianlah artikel Lelaki hina tugas polis di Facebook ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki hina tugas polis di Facebook ditahan dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/10/lelaki-hina-tugas-polis-di-facebook.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :