Judul : Tiga sekeluarga mati dibunuh, seorang parah
link : Tiga sekeluarga mati dibunuh, seorang parah
Tiga sekeluarga mati dibunuh, seorang parah
ANTARAPOSKOTA BHARU: Sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka ditemukan mati manakala seorang lagi cedera parah akibat ditikam dengan pisau dan dihentak dengan tukul di sebuah rumah di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab, di sini petang ini.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Kha Eng Ni, 42; isterinya Chua Joo Seok, 37 dan anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13.
Sementara itu, anak perempuan mereka Kha Xing Rhuu, 15 cedera parah dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Din Ahmad berkata, pihak polis menerima maklumat tentang kejadian itu daripada jiran mangsa pada pukul 2.30 petang tadi.
“Berdasarkan maklumat awal, kejadian berlaku sekitar pukul 1.30 petang hingga 2.30 petang.
“Suspek dipercayai pekerja pasangan suami isteri itu sendiri yang menjalankan perniagaan perkakas rumah. Suspek lelaki itu kini menghilangkan diri dengan van kecil milik mangsa,” katanya ketika ditemui hari ini.
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Tiga sekeluarga mati dibunuh, seorang parah
Sekianlah artikel Tiga sekeluarga mati dibunuh, seorang parah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiga sekeluarga mati dibunuh, seorang parah dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/11/tiga-sekeluarga-mati-dibunuh-seorang.html