Judul : IMAMS: Hairan apabila menteri, Najib pakat beri alasan
link : IMAMS: Hairan apabila menteri, Najib pakat beri alasan
IMAMS: Hairan apabila menteri, Najib pakat beri alasan
ISMA WEBOleh Athirah Huda Zalhe
BANGI – Naib Presiden PAS, Idris Ahmad mengakui hairan dengan tindakan Menteri dan Timbalan Menteri Pelancongan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berpakat memberi alasan berhubung isu pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS).
“TS Nazri Aziz Menteri Pelancongan kata pegawainya silap faham. Timbalannya pula Datuk Mas Ermieyati Samsuddin beliau tidak tahu salah seorang eksekutif syarikat ini seorang bukan Islam.
“DS Najib pula kata beliau tidak bersetuju,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Idris, adalah menghairankan apabila Najib selaku perdana menteri dan Menteri Kewangan tidak bersetuju dengan sistem berkenaan.
Sedangkan katanya, wang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan kepada IMAMS akan dimasukkan ke dalam akaun kerajaan.
“Tak apalah, wahai DS Najib, cuma jangan pula nanti apabila rakyat marah sebab GST, maka dijawab pula saya pun tidak setuju GST,” katanya.
Ismaweb sebelum ini melaporkan syarikat pengendali IMAMS, Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd, mengenakan GST RM7.80 kepada setiap jemaah yang memohon visa umrah dan membeli insurans takaful – RM2.70 untuk visa, dan RM5.10 (insurans).
Bagaimanapun, sistem yang bertujuan untuk menangani kes-kes penipuan pakej umrah di negara ini, dibatalkan pada hari Sabtu, 16 Disember dalam tempoh 24 jam dari pelancarannya.
Ia susulan selepas menerima banyak bantahan daripada pelbagai pihak yang tidak bersetuju dan menyifatkan sistem berkenaan sebagai membebankan bakal jemaah ke Tanah Suci.
Malah, status syarikat pengendali IMAMS itu juga diragui, kerana KPK sebelum ini mensyaratkan urusan umrah dan haji hanya diuruskan agensi yang 100 peratus milik orang Islam, termasuk kakitangannya.
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel IMAMS: Hairan apabila menteri, Najib pakat beri alasan
Sekianlah artikel IMAMS: Hairan apabila menteri, Najib pakat beri alasan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel IMAMS: Hairan apabila menteri, Najib pakat beri alasan dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/12/imams-hairan-apabila-menteri-najib.html