Lelaki Mengaku Punyai Gelaran "'Datuk" Bengang Kena Saman !

Lelaki Mengaku Punyai Gelaran "'Datuk" Bengang Kena Saman ! - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Mengaku Punyai Gelaran "'Datuk" Bengang Kena Saman !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Mengaku Punyai Gelaran "'Datuk" Bengang Kena Saman !
link : Lelaki Mengaku Punyai Gelaran "'Datuk" Bengang Kena Saman !

Baca juga


Lelaki Mengaku Punyai Gelaran "'Datuk" Bengang Kena Saman !


KUALA LUMPUR: Geram kerana disaman, seorang lelaki yang mengaku mempunyai gelaran 'Datuk' cuba mempertikai saman yang diterimanya dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, lelaki berusia 33 tahun berkenaan dikatakan cuba menggertak polis yang menyamannya dengan mengatakan dia mempunyai gelaran 'Datuk' dan mendakwa dia adalah penerima kurniaan darjah dari sebuah negeri.

Bagaimanapun, polis yang menjalankan semakan awal dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati lelaki berusia 33 tahun berasal dari Bentong, Pahang itu tidak mempunyai sebarang gelaran 'Datuk' seperti didakwa selain ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Ahmad Adnan Basri, berkata anggota polis trafik yang sedang mengadakan Ops Motosikal di laluan berkenaan pada mulanya ternampak sebuah kereta Honda Accord dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Selepas anggota kita jalankan pemeriksaan, satu saman dikeluarkan ke atasnya atas kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

"Semasa proses mengeluarkan saman, pemandu berasa tidak puas hati dan mengatakan dirinya seorang 'Datuk' untuk mempertikai saman berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pemeriksaan lanjut pada tubuh badannya mendapati tidak menemui sebarang barang yang salah namun pemandu terbabit kelihatan berada dalam keadaan khayal.

"Lelaki itu sendiri mengaku mengambil bahan terlarang disyaki dadah.

"Justeru, kita diserahkan dia kepada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing sebelum didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine," kata beliau.

Menurutnya, suspek ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya kerana memasukkan dadah ke dalam tubuh badan sendiri dan polis masih menyiasat status 'Datuk' lelaki terbabit. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Lelaki Mengaku Punyai Gelaran "'Datuk" Bengang Kena Saman !

Sekianlah artikel Lelaki Mengaku Punyai Gelaran "'Datuk" Bengang Kena Saman ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Mengaku Punyai Gelaran "'Datuk" Bengang Kena Saman ! dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/12/lelaki-mengaku-punyai-gelaran-datuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :