Lelaki pasang jerat ditemui mati

Lelaki pasang jerat ditemui mati - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki pasang jerat ditemui mati, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki pasang jerat ditemui mati
link : Lelaki pasang jerat ditemui mati

Baca juga


Lelaki pasang jerat ditemui mati

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SERIAN: Lelaki yang dilaporkan hilang ketika memasang jerat haiwan liar di hutan berdekatan Kampung Mang Besi, Ensenggai, di sini sejak Jumaat lalu ditemui mati, hari ini.
 
Mayat mangsa, Bahet Ten, 55, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di tebing Sungai Reban pada jam 12.53 tengah hari tadi.
 
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, berkata mangsa dipercayai terjatuh ke sungai itu selepas tergelincir ketika melalui titi buluh untuk menyeberangi sungai.
 
"Bagaimanapun, punca kematian mangsa hanya akan diketahui selepas hasil bedah siasat diperolehi," katanya.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis ketika mengesahkan kes itu berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlungkup di tebing sungai berkenaan.
 
"Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Serian untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya," katanya.
 
Aswandy berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa yang dibuat anaknya, Adeline, pada jam 9.51 malam, Jumaat lalu.
 
Beliau berkata, bertindak atas laporan itu, SAR dilancarkan dengan diketuai Ketua Polis Balai Serian, Sarjan Masniah Matlan dan disertai anggota bomba, RELA dan penduduk kampung.
 
"Mayat mangsa disahkan oleh abangnya yang bernama Bujang yang turut serta dalam operasi itu," katanya.
 
 


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Lelaki pasang jerat ditemui mati

Sekianlah artikel Lelaki pasang jerat ditemui mati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki pasang jerat ditemui mati dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/12/lelaki-pasang-jerat-ditemui-mati.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :