Banjir: 23 sekolah ditutup di Pahang

Banjir: 23 sekolah ditutup di Pahang - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Banjir: 23 sekolah ditutup di Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Banjir: 23 sekolah ditutup di Pahang
link : Banjir: 23 sekolah ditutup di Pahang

Baca juga


Banjir: 23 sekolah ditutup di Pahang

 
Daerah Pekan mencatatkan jumlah sekolah paling banyak ditutup iaitu 7 buah.


pahang-banjr


KUANTAN: Sebanyak 23 buah sekolah di 7 daerah di Pahang masih ditutup akibat banjir, membabitkan 5,002 pelajar dan 490 guru.

Pemangku Pengarah Pendidikan Pahang Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata daerah Pekan mencatatkan jumlah sekolah paling banyak ditutup iaitu 7 buah melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Acheh, SK Pasir Panjang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh Hinai.

“Selain itu, SK Sinar Mutiara, SK Temai, SK Permatang dan SK Pulau Manis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata di Kuantan pula, 6 sekolah ditutup membabitkan SK Bukit Kuin, SJK(T) Ladang Kuala Reman, SMK Pandan, SMK Tanah Putih, SK Cherating dan SMK Gudang Rasau.

Di Lipis, 3 sekolah ditutup iaitu SJK(C) Mela, SK Jeram Landak dan SK Kuala Kenong manakala 3 sekolah di Maran turut ditutup iaitu SK Kertau, SK Pesagi dan SK Kuala Wau.

“Di daerah Jerantut pula, 2 sekolah ditutup iaitu SK Gintong dan SK Bukit Nikmat dan masing-masing sebuah sekolah di Bera dan Temerloh iaitu SK Kuala Teriang di Bera dan SK Paya Luas di Temerloh,” katanya.



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Banjir: 23 sekolah ditutup di Pahang

Sekianlah artikel Banjir: 23 sekolah ditutup di Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Banjir: 23 sekolah ditutup di Pahang dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/01/banjir-23-sekolah-ditutup-di-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :